Friday, June 4, 2010

My new books...


Perjalanan ke US kali ini menambahkan koleksi buku-buku kegemaran. Dua buah buku hasil penulisan John Grisham telah dibeli. Sememangnya buku-buku beliau diminati sejak pertama kali membaca "The Client" ketika di UUM. "The Firm", "The Chamber", dan kini "The Street Lawyer" dan "Theodore Boone - Kid Lawyer" menambah koleksi. "Theodore Boone - Kid Lawyer" di beli di Los Angeles Airport ($16.99 - agak murah kerana hard cover). Ketika berjalan ke tempat conference, berhampiran Radcliff Yard, ada dijual second hand book yang masih elok. "The Street Lawyer" kulit Hard Cover dapat dibeli dengan harga $5 sahaja (Harga asal $27.95).

Buku ketiga yang dibeli ialah "How Professors Think" terbitan Harvard University Press dan penulisnya juga adalah seorang Professor wanita di Harvard University (Prof. Michele Lamont). Buku ini dibeli di Harvard COOP Bookstore dengan harga $27.95 (sebelum tambahan cukai $1.75). Saya tertarik dengan ayat pertama di kulit bahagian dalam buku tersebut iaitu "Excellence, originality, Intelligence, everyone in academia stresses quality but what exactly is it, and how do professors identify it?". Jika diikutkan hati, rasa macam nak borong macam-macam buku pelik kat Harvard COOP Bookstore, namun apakan daya, USD dalam kocek makin berkurangan.... Insya-Allah next time kalau datang lagi ke sini, boleh borong sakan buku-buku di Harvard COOP Bookstore ni...

No comments: