Thursday, June 3, 2010

KLIA - Taiwan - Los Angeles - Boston

Alhamdulillah, kami selamat tiba setelah menempuh perjalanan KLIA - Taiwan - Los Angeles - Boston selama 2 hari. Segalanya berjalan lancar. Cuma ketika dalam perjalanan dari Taiwan ke Los Angeles, seorang penumpang cedera kerana terjatuh ketika bangun dari tempat duduk. Matanya lebam, hidungnya berdarah. Memandangkan tempat duduk kami di barisan tengah yang mempunyai lima kerusi (2 daripadanya kosong), maka penumpang bersebelahan kami di ubah tempatnya kerana memberi ruang tidur kepada penumpang yang cedera. Tiga jam sebelum tiba di Los Angeles, pengumuman dibuat untuk mencari jika ada doktor di atas pesawat. Ini kerana penumpang yang cedera tersebut mula mengalami sakit belakang, sakit tengkuk dan kebas-kebas. Seorang doktor berbangsa cina datang membuat pemeriksaan sama ada berlaku pendarahan dalam atau tidak terhadap penumpang yang cedera. Moral of the story; berhati-hati jika berjalan dalam pesawat.

Tiba di Los Angeles, tiada masalah dengan Imigresen. Mungkin kerana ini adalah kali ke dua saya ke sana dan kali ketiga buat Zaidi. Malah pegawai tersebut mengucapkan "Welcome back" kepada Zaidi mungkin kerana data di skrin komputer menunjukkan Zaidi pernah tinggal di US beberapa tahun. Cuma ketika membuat declaration makanan, beg terpaksa di scan apabila kami "declare" bahawa kami membawa kari ayam Chef Wan (he..he..kalau tak declare, nanti kena denda $600). Secara keseluruhan, jumlah jam penerbangan adalah hampir 24 jam (tidak termasuk transit).

Taiwan

Taiwan

Los Angeles

Los Angeles

No comments: