Friday, June 4, 2010

Harvard COOP Bookstore

Harvard COOP Bookstore terletak di tengah Harvard Square berhampiran dengan subway station. Menghabiskan masa beberapa jam di sini tidak rugi walau sesaat. Banyak buku-buku menarik yang jarang dijumpai di Malaysia. Malah thesis PhD saintis terkenal seperti Stephen Hawking juga ada dijual. Banyak buku berkaitan orang genius ada di sini. Buku untuk pelajar PhD juga banyak. Antara yang menarik adalah "Writing PhD thesis 15 minutes a day". Begitu juga buku-buku untuk panduan para Professors terutamanya berkaitan "Academic Judgement". Buku-buku berkaitan agama Islam, Ilmuwan Islam serta sejarah-sejarah Islam juga banyak dijual. Mengunjungi kedai buku ini membuka minda saya untuk menerima idea-idea baru dalam penulisan sama ada akademik, separa akademik dan juga santai akademik. Insya-Allah ini akan terus memberi semangat kepada kami untuk aktif menulis.



No comments: