Thursday, June 3, 2010

Harvard Business School

Tiba di John Hancock Hotel sekitar jam 7 pagi, permohonan untuk early check-in tidak dapat dipenuhi kerana hotel masih penuh. Walaubagaimanapun, beg dibenarkan disimpan dalam bilik simpanan beg sementara menanti bilik kosong. Tanpa membuang masa, kami menuju ke Harvard University untuk mencari di manakah lokasi conference untuk esok hari.

Menaiki subway dari Back Bay Station (dengan tiket $15 untuk seminggu), kami menaiki line orange ke downtown crossing dan seterusnya bertukar ke red line untuk ke Harvard. Hari minggu, suasana sungguh sunyi dan train juga tak banyak. Jika anda mencari Harvard University umpama mencari Universiti di Malaysia, pasti tidak akan jumpa. Tiada pagar atau pak guard yang tunggu di pintu masuk. Malah pintu masuk pun tak ada. Harvard University sebenarnya adalah sebuar bandar. Fakultinya bertaburan merata-rata tempat sekitar Harvard Square. Business School umpamanya terletak di seberang Charles River. Anda perlu berjalan kaki sekitar 15 minit untuk tiba ke sana.

Dalam perjalanan ke Harvard Business School, kami terjumpa John F. Kennedy School of Goverment. Juga beberapa research centre dan graduate school yang bertaburan di sana sini. Komen: Best tengok suasana sekitar Harvard Business School. Rasa macam nak sambung belajar lagi....

Dalam perjalanan ke hentian subway Harvard (Harvard Square)

Jumpa JFK School of Government (dah excited ...)

Hmmm...dah jumpa Gordon Road... dah dekat ni..

Semakin hampir dengan Harvard Business School

Dah jumpa pelan Harvard Business School

Kawasan kediaman pelajar di business school

Library di kawasan kediaman pelajar

Entrepreneurship research centre

No comments: