Dari segi peserta juga ada banyak kelainan. Jika biasanya conference dihadiri pembentang muda (PhD Candidates), pensyarah pertengahan umur (yang masih sihat-sihat belaka), tetapi kali ini saya menyaksikan peserta majoritinya Profesor-profesor yang agak senior, malah ada yang bertongkat, dan ada juga yang nampak uzur terketar-ketar. Malah, jika conference biasanya dihadiri oleh ahli-ahli akademik, tetapi kali ini didapati ramai consultant dan pihak industri yang turut serta.
Jika kebiasaannya pembentang agak kecut perut kerana takut disoal oleh audience, tetapi di sini ada pulak pembentang yang menyebabkan audience kecut perut kerana disoal oleh pembentang. Malah pembentang bukan sahaja membentang di rostrum, tetapi berjalan di celah-celah audience sambil bertanya soalan. Yang paling dikagumi, ketepatan masa pembentangan paling serius di ambil kira. Ketika sesi pembentangan sebelum sesi Zaidi, seorang Profesor dengan tegas bangun memberitahu seorang pembentang bahawa masa sudah tamat dan jangan mengganggu masa pembentangan orang lain. Jika ada perbincangan lanjut, sila berbincang selepas conference (sebenarnya banyak soalan yang dikemukakan kepada pembentang tersebut tetapi jawapannya agak meleret-leret..)
Jika conference biasanya agak "money oriented", tetapi kali ini perkara yang bermain-main di fikiran saya..."untungkah penganjur???". Mana tidaknya, dengan yuran $340, hari pertama conference (dari pagi hingga malam) makanan yang nampaknya enak-enak & banyak, disediakan secara percuma. Hari kedua, peserta di bawa mengikuti rombongan study abroad, di jamu makan besar buffet, malah yuran masuk ke tempat-tempat dilawati juga dibayar penganjur. Hari ketiga juga study abroad program turut menyajikan Lobsters yang banyak kepada peserta juga lawatan percuma. Hari ke-empat, berlangsungnya conference hingga ke petang, beserta makanan percuma (yang berat-berat....teringat conference di korea di mana kami disajikan kopi dan biskut kering vegetarian). Saya juga kagum dengan cara penganjur memaksimakan penggunaan 4 hari penuh dengan pengetahuan dan pengalaman baru kepada para peserta.
Sekalung penghargaan kepada UiTM kerana memberi peluang kepada kami untuk menimba pengalaman yang sungguh bermakna di Universiti nombor satu dunia.....
0 comments:
Post a Comment