Thursday, June 17, 2010

Boston Public Garden




Boston Public Garden terletak lebih kurang 5 minit (berjalan kaki) dari John Hancock Hotel atau Copley Square. Ia juga bersebelahan dengan Boston common dan stesen subway Arlington. Musim panas adalah musim cuti persekolahan. Ramai kanak-kanak yang melawati public garden ini bersama rombongan sekolah. Keadaan cuaca yang sejuk-sejuk panas (sekitar 17 darjah celcius dengan cahaya matahari terang) menjadikan taman ini penuh dengan aktiviti riadah, sun-bath, dan membaca.

No comments: