Saturday, May 22, 2010

Conference @ Harvard U


Alhamdulillah, permohonan untuk ke conference di Harvard University (31 May - 3 June 2010) telah mendapat kelulusan. Insya-Allah penerbangan KLIA-Taiwan-LA-Boston adalah pada 29 Mei 2010 dan akan pulang semula ke KLIA pada 9 Jun 2010. Nampak macam lama tetapi sebenarnya perjalanan pergi dan balik sahaja memakan masa hampir 4 hari. Penginapan kali ini adalah di John Hancock Hotel and Convention Centre Boston dan juga di Travelodge LAX, Los Angeles.

Tiket untuk cat Nureen ada tak????


Nureen Jazlina (anak saudara berumur 3 tahun 6 bulan) gemarkan soft toys kucing jenama Yomiko. Ada 4 ekor kesemuanya. Yang paling kecil adalah anak kucing yang dibeli di Rothenburg Germany (Nureen namakan kucing tersebut sebagai "anak soleh"). Yang kedua, adalah hadiah mama nureen (Nureen namakan "Fatimah"). Yang ketiga adalah hadiah mama nureen sempena hari jadinya yang ke tiga (digelar "mama cat"), manakala yang ke-empat, dihadiahkan oleh Pak Jang (digelar "Papa Cat"). Hari ini nureen pergi ke Sarawak untuk bercuti. Dibawa bersama "Fatimah". Sampai di airport Nureen nampak seperti susah hati dan berbisik kepada saya "Mak Jang, tiket untuk "Fatimah" ada tak??". Kami semua ketawa.....!!!

Sunday, May 16, 2010

Pingat ke 34, 35, 36, 37 & 38

Alhamdulillah, ITEX 2010 memberi tambahan 5 pingat gangsa. Agak sukar tahun ini mungkin kerana peserta luar negara seperti Taiwan, Iran, Russia dll sahaja sudah memenuhi 1/3 dewan KL Convention Centre. Kategori ICT juga nampaknya mempunyai hakim yang perfectionist. Malah, kategori ini mungkin antara kategori yang paling bayak peserta yang pulang dengan tangan kosong dan juga kategori yang paling sikit pemenang pingat emas.