Thursday, April 8, 2010

IJAS Conference, Harvard University

Source: http://www.hbs.edu/campus/

Musim cuti semester akan bermula tidak lama lagi. Kali ini kami memilih IJAS Conference di Harvard University. Sudah sekian lama teringin menjejakkan kaki di Universiti terkemuka dunia ini. Apabila terpandang call for papers beberapa bulan lepas, kami terus mencuba nasib. Walaupun tak ada peluang belajar di sana, dapat berkongsi hasil penyelidikan pun cukuplah. Tambahan pula, VISA US yang kami buat untuk ke Pittsburg pada tahun 2007 juga masih panjang hayatnya.

Bukannya senang nak dapat VISA US. Mula-mula kena isi borang online, lepas tu akan dapat tarikh interview. Macam-macam kena bawa. Sampaikan slip gaji UiTM pun pihak kedutaan nak tengok. Masih kami ingat, saya, zaidi, dan shamsuddin awal-awal lagi dah tunggu kat pintu masuk kedutaan. Nak masuk ke perkarangan kedutaan pula begitu ketat kawalan keselamatannya. Kena scan macam nak masuk Flight. Bila dah masuk, nak masuk ke pejabat tempat interview, kena scan sekali lagi. Maka beramai-ramailah kami membuka kasut, mengosongkan poket dan paling lucu, memandangkan masa tu hujan renyai-renyai, payung yang saya bawa juga di scan tetapi perlu ditinggalkan dipejabat sekuriti.

Sesi interview dijalankan ibarat pertemuan dengan banduan di penjara. Kami dihalang dengan cermin (yang saya kira sudah pasti kalis peluru). Masih saya ingat pegawai tersebut meminta saya membuat penerangan terperinci berkaitan produk penyelidikan yang akan saya pertandingkan di Pittsburgh. Malah pertanyaan beliau juga boleh saya ibaratkan umpama hakim pertandingan. Memandangkan saya membuat perisian perakaunan, beliau bertanya, mampukan saya menyaingi perisian yang ada di US memandangkan mereka jauh lebih maju. Jawapan saya amat mudah. Perisian saya bukan untuk orang yang cerdik pandai dalam bidang perakaunan tetapi untuk cottage industry, untuk orang yang buta perakaunan. Malah saya juga maklumkan kepada beliau, perkataan debit-kredit tak wujud dalam perisian tersebut tetapi yang ada hanyalah masuk dan keluar. Akhirnya kami berjaya memperolehi VISA tersebut dengan bayaran RM700. Visa US banyak membantu kami untuk melepasi imigresen dengan mudah di negara-negara lain terutamanya di Europe. Semoga perjalanan kali ini juga dipermudahkan Allah swt.

2 comments:

Anonymous said...

Amiik gambar bnyk2 kat Harvard tau...and jgn lupa posting kat blog..good luck...jauh berjalan bnyk pengalaman....


Balkish

Anonymous said...

He..he... mesti...
Misi utama, nak cari link dgn top Professors kat sana.
Misi kedua, nak tengok fasiliti World Class U.

Intan