Monday, April 19, 2010

My Students


Mereka bakal bergelar graduan tidak lama lagi. Lazimnya setiap hujung semester para pelajar akan bergembira mengambil gambar pada hari terakhir kelas. Bagi saya, gambar ini lain dari yang lain. Saya gembira dan teruja kerana mula mendidik mereka pada semester ke 4 (MAF 410), kemudiannya semester ke 6 (AIS 510) dan setelah mereka pulang daripada latihan industri iaitu semester ke 8 (AIS 630). Gembira melihat bagaimana mereka berubah dari remaja hingga dewasa. Jika di semester 4 & 6 mereka kurang keyakinan diri, latihan praktik 6 bulan banyak mengubah kehidupan mereka. SYABAS diucapkan dan semoga mereka sentiasa berjaya & berada dalam rahmat Allah swt.

Thursday, April 8, 2010

IJAS Conference, Harvard University

Source: http://www.hbs.edu/campus/

Musim cuti semester akan bermula tidak lama lagi. Kali ini kami memilih IJAS Conference di Harvard University. Sudah sekian lama teringin menjejakkan kaki di Universiti terkemuka dunia ini. Apabila terpandang call for papers beberapa bulan lepas, kami terus mencuba nasib. Walaupun tak ada peluang belajar di sana, dapat berkongsi hasil penyelidikan pun cukuplah. Tambahan pula, VISA US yang kami buat untuk ke Pittsburg pada tahun 2007 juga masih panjang hayatnya.

Bukannya senang nak dapat VISA US. Mula-mula kena isi borang online, lepas tu akan dapat tarikh interview. Macam-macam kena bawa. Sampaikan slip gaji UiTM pun pihak kedutaan nak tengok. Masih kami ingat, saya, zaidi, dan shamsuddin awal-awal lagi dah tunggu kat pintu masuk kedutaan. Nak masuk ke perkarangan kedutaan pula begitu ketat kawalan keselamatannya. Kena scan macam nak masuk Flight. Bila dah masuk, nak masuk ke pejabat tempat interview, kena scan sekali lagi. Maka beramai-ramailah kami membuka kasut, mengosongkan poket dan paling lucu, memandangkan masa tu hujan renyai-renyai, payung yang saya bawa juga di scan tetapi perlu ditinggalkan dipejabat sekuriti.

Sesi interview dijalankan ibarat pertemuan dengan banduan di penjara. Kami dihalang dengan cermin (yang saya kira sudah pasti kalis peluru). Masih saya ingat pegawai tersebut meminta saya membuat penerangan terperinci berkaitan produk penyelidikan yang akan saya pertandingkan di Pittsburgh. Malah pertanyaan beliau juga boleh saya ibaratkan umpama hakim pertandingan. Memandangkan saya membuat perisian perakaunan, beliau bertanya, mampukan saya menyaingi perisian yang ada di US memandangkan mereka jauh lebih maju. Jawapan saya amat mudah. Perisian saya bukan untuk orang yang cerdik pandai dalam bidang perakaunan tetapi untuk cottage industry, untuk orang yang buta perakaunan. Malah saya juga maklumkan kepada beliau, perkataan debit-kredit tak wujud dalam perisian tersebut tetapi yang ada hanyalah masuk dan keluar. Akhirnya kami berjaya memperolehi VISA tersebut dengan bayaran RM700. Visa US banyak membantu kami untuk melepasi imigresen dengan mudah di negara-negara lain terutamanya di Europe. Semoga perjalanan kali ini juga dipermudahkan Allah swt.