Thursday, March 25, 2010

Orchard Road Singapore



Orchard road.... jika anda ingin ke sana, jangan pilih hari minggu terutamanya menjelang musim perayaan. Keadaannya sungguh sesak. MRT juga penuh, lebih-lebih lagi hari minggu ramai pembantu rumah keluar bershopping. Kami hanya ke sana seketika kerana terlalu sesak. Butik Louis Vuitton menjadi tumpuan ramai kerana sale tahun baru cina. Pengunjung berbaris panjang di luar butik menanti giliran untuk masuk. Insya-Allah kami akan ke sana sekali lagi penghujung tahun ini bersama ibu-bapa dan keluarga "BinMohamed". Yang pasti, hujung minggu bukan menjadi pilihan.

No comments: