Thursday, January 7, 2010

Model 30 minit

Hari ini kami dipanggil ke studio Canseleri untuk sesi fotografi khas buku penyelidik UiTM. Ianya lanjutan daripada kemenangan 2 pingat emas di Geneva dan Belgium yang disiarkan sinopsis research tersebut dibawah tajuk "Untangling Technology" dalam laman web uitm beberapa ketika lalu. Apa yang uniknya? Hmmm.. sudah pasti pasangan suami isteri selaku penyelidik. Kelakar juga bila diminta berposing macam-macam gaya. Berdiri sambil minum teh (cawan kosong jer..), duduk santai sambil minum teh.., gaya berfikirlah.. dan lain-lain lagi. Komen jurugambar.... hmmm "Muka puan ni nampak garang sangat la...". He..he..he.. sama seperti apa yang zaidi selalu kata "Muka Arab Yaman ni memang garang...". Jenuh juga say nak control..senyum sikit..senyum sederhana...senyum ceria.. Zaidi pula asyik mendapat arahan..cawan atas sikit, cawan rendah sikit...jangan pegang cawan kuat sangat...biar nampak rileks...dan macam-macam lagi. Apapun...mereka sungguh professional dalam sesi fotografi ini.

Sebelum kami masuk studio, mereka mengambil gambar seorang anak staf yang melakonkan watak ala-ala robot. Juga untuk terbitan yang sama bagi satu produk ciptaan robot. Adik kecil sekitar 7/8 tahun tersebut nampak sungguh cool...Tahniah adik!!

No comments: