Sunday, January 31, 2010

Kampong Glam, Singapore

Antara tempat menarik untuk dikunjungi adalah kawasan sekitar Kampong Glam, juga berhampiran dengan Arab Street, Kandahar Street dan Banghdad Street. Banyak kedai makanan Melayu, Mamak dan Arab. Kebetulan hotel landmark village cuma berada di seberang jalan Masjid Sultan, sungguh strategik untuk mencari makanan halal dan juga tidak jauh dari stesen MRT. Masjid Sultan masih beroperasi sepenuhnya dan laungan azan jelas kedengan jika anda menginap di Landmark Village Hotel. Di sini juga terletaknya Malay Heritage Centre.



No comments: