Sunday, January 31, 2010

Changi International Airport

Check-in area.. ala-ala KLIA..
Sekali pandang, ala-ala airport Pittsburgh...
Ruang menunggu yang dilengkapi dengan Internet (Free) termasuk komputernya sekali

Kampong Glam, Singapore

Antara tempat menarik untuk dikunjungi adalah kawasan sekitar Kampong Glam, juga berhampiran dengan Arab Street, Kandahar Street dan Banghdad Street. Banyak kedai makanan Melayu, Mamak dan Arab. Kebetulan hotel landmark village cuma berada di seberang jalan Masjid Sultan, sungguh strategik untuk mencari makanan halal dan juga tidak jauh dari stesen MRT. Masjid Sultan masih beroperasi sepenuhnya dan laungan azan jelas kedengan jika anda menginap di Landmark Village Hotel. Di sini juga terletaknya Malay Heritage Centre.



Saturday, January 16, 2010

Congratulations Hidayah & Welcome Aishah

Congratulations to Hidayah, pelajar Master saya yang pertama. Beliau telah berjaya menamatkan thesis sekaligus menamatkan pengajian Master. Semoga berjaya menjadi pensyarah yang berdedikasi dan penyelidik tersohor suatu hari nanti.

Selamat datang ke dunia research kepada supervisee yang ke dua, Aishah yang juga akan menjalankan penyelidikan berkaitan E-commerce. Insya-Allah pertemuan pertama akan diadakan bagi membincangkan tajuk proposal beliau. Setahun daripada sekarang, Insya-Allah Aishah juga akan berjaya. Semoga Aishah bersemangat tinggi dalam menjalankan kajian beliau.

Friday, January 15, 2010

5 Gold Medals





Alhamdulillah, 5 pingat emas dan satu penerbitan Impact Factor (ISI) membuka lembaran tahun baru 2010. Tahniah kepada pelajar-pelajar saya yang berjaya menyumbangkan 2 pingat emas kepada Fakulti dan ARI. Tak sia-sia saya paksa mereka cipta accounting games. Mereka sungguh kreatif dan pandai pula explain pada judges. Sebelum pertandingan, saya cuma briefing mereka tentang cara-cara untuk menang, strategi dan teknik. Pada sesi judging, saya membiarkan mereka memberi penerangan dan hanya memerhati dari jauh. Biar mereka belajar.... Hasilnya.. 2 pingat emas dalam genggaman. Tahniah!!!!

Tahniah juga PM Dr. Asmah, partner baru dalam invention innovation. PM Dr. Asmah berusaha dengan gigih. Hasilnya, juga satu pingat emas. saya doakan semoga kelima-lima produk tersebut berjaya di peringkat Kebangsaan dan Luar negara.

Thursday, January 7, 2010

Model 30 minit

Hari ini kami dipanggil ke studio Canseleri untuk sesi fotografi khas buku penyelidik UiTM. Ianya lanjutan daripada kemenangan 2 pingat emas di Geneva dan Belgium yang disiarkan sinopsis research tersebut dibawah tajuk "Untangling Technology" dalam laman web uitm beberapa ketika lalu. Apa yang uniknya? Hmmm.. sudah pasti pasangan suami isteri selaku penyelidik. Kelakar juga bila diminta berposing macam-macam gaya. Berdiri sambil minum teh (cawan kosong jer..), duduk santai sambil minum teh.., gaya berfikirlah.. dan lain-lain lagi. Komen jurugambar.... hmmm "Muka puan ni nampak garang sangat la...". He..he..he.. sama seperti apa yang zaidi selalu kata "Muka Arab Yaman ni memang garang...". Jenuh juga say nak control..senyum sikit..senyum sederhana...senyum ceria.. Zaidi pula asyik mendapat arahan..cawan atas sikit, cawan rendah sikit...jangan pegang cawan kuat sangat...biar nampak rileks...dan macam-macam lagi. Apapun...mereka sungguh professional dalam sesi fotografi ini.

Sebelum kami masuk studio, mereka mengambil gambar seorang anak staf yang melakonkan watak ala-ala robot. Juga untuk terbitan yang sama bagi satu produk ciptaan robot. Adik kecil sekitar 7/8 tahun tersebut nampak sungguh cool...Tahniah adik!!