Monday, December 6, 2010

An article in Majalah Usaha Dagang

Invention Innovation Competition is a medium for participants to meet industry people. During one of the competition, I met with the Editor of Majalah Usaha Dagang, a magazine specially published for SME industry. I was invited as a guest writer for the magazine. The first article was published in 2009.

Two Articles Published in IJAS

Both articles were presented at IJAS Conference, Harvard University in June 2010. All conference papers were reviewed and 32 were selected for publications. Congratulations to all co-authors especially to Noor Hidayah (my ex-master student).



Saturday, August 14, 2010

Congratulations Intan Fadhlina


Congrats to my adik for her Master of Mechanical Engineering. Semoga berjaya dalam pengajian PhD pula & menjadi saintis SIRIM yang berjaya!!

Wednesday, July 28, 2010

Cambridge Common



Cambridge Common adalah sebuah taman awam yang terletak di kawasan Harvard University. Taman tersebut mempunyai banyak tinggalan sejarah. Ketika menunggu bas lawatan IJAS conference, kami mengambil kesempatan melawat taman tersebut yang hanya terletak di seberang jalan "Radcliff Yard" Harvard University.

Monday, July 5, 2010

Disneyland, California




DISNEYLAND California, ibarat berada dalam dunia fantasi kanak-kanak... Jika anda ke Los Angeles, jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai dunia fantasi yang ada di Disneyland. Yang paling saya suka adalah pengembaraan menaiki kapal angkasa Star Wars...fuhhh...macam real...

Monday, June 21, 2010

Suatu Malam di LAX Airport


Kisah berkisar tentang perkataan "Apple". Melepasi pemeriksaan security di LAX Airport, hati sedikit gusar. Teringat kes tahun 2007, seorang sahabat dimarahi & di tengking pegawai bertugas gara-gara tidak mengeluarkan notebook dari beg. Memikirkan buah-buahan selalunya agak sensitif dengan peraturan keluar masuk barang di lapangan terbang, Zaidi bertanya kepada pegawai bertugas "Sir, can I bring Apple?", pegawai tersebut menjawab, "Yes of course..you can bring apple, fujitsu, dell & whatever brand you like..". He..he.. bila diberitahu buah "Apple"...pegawai itu pun ketawa...

Thursday, June 17, 2010

Boston Public Garden




Boston Public Garden terletak lebih kurang 5 minit (berjalan kaki) dari John Hancock Hotel atau Copley Square. Ia juga bersebelahan dengan Boston common dan stesen subway Arlington. Musim panas adalah musim cuti persekolahan. Ramai kanak-kanak yang melawati public garden ini bersama rombongan sekolah. Keadaan cuaca yang sejuk-sejuk panas (sekitar 17 darjah celcius dengan cahaya matahari terang) menjadikan taman ini penuh dengan aktiviti riadah, sun-bath, dan membaca.

Tuesday, June 15, 2010

Conference @ Harvard U - Apa yang berbeza??

Jika conference yang dihadiri sebelum ini di Germany & Prague, peserta dibenarkan membentangkan lebih daripada satu hasil penyelidikan, tetapi sedikit berlainan di conference @ Harvard U, peserta yang sama hanya dibenarkan membentangkan satu hasil penyelidikan kerana terlalu ramai yang memohon. Kata penganjur, biarlah 30% yang dipilih memberi peluang kepada 30% daripada jumlah individu yang memohon. Pada mulanya hati agak berbelah bahagi. Antara paper sendiri @ paper ex-supervisee Master. At last, paper ex-supervisee menjadi pilihan...ini juga satu penghargaan untuk diri sendiri kerana berjaya menghasilkan pelajar postgrad pertama.

Dari segi peserta juga ada banyak kelainan. Jika biasanya conference dihadiri pembentang muda (PhD Candidates), pensyarah pertengahan umur (yang masih sihat-sihat belaka), tetapi kali ini saya menyaksikan peserta majoritinya Profesor-profesor yang agak senior, malah ada yang bertongkat, dan ada juga yang nampak uzur terketar-ketar. Malah, jika conference biasanya dihadiri oleh ahli-ahli akademik, tetapi kali ini didapati ramai consultant dan pihak industri yang turut serta.

Para peserta menunggu bas untuk menyertai program "Study Abroad" yang diuruskan oleh penganjur.

Consultant dari Iran (hujung kanan) yang paling banyak bertanya soalan yang sungguh mencabar.....(he..he..nasib baik Zaidi dapat jawab dengan cool....)

Jika kebiasaannya pembentang agak kecut perut kerana takut disoal oleh audience, tetapi di sini ada pulak pembentang yang menyebabkan audience kecut perut kerana disoal oleh pembentang. Malah pembentang bukan sahaja membentang di rostrum, tetapi berjalan di celah-celah audience sambil bertanya soalan. Yang paling dikagumi, ketepatan masa pembentangan paling serius di ambil kira. Ketika sesi pembentangan sebelum sesi Zaidi, seorang Profesor dengan tegas bangun memberitahu seorang pembentang bahawa masa sudah tamat dan jangan mengganggu masa pembentangan orang lain. Jika ada perbincangan lanjut, sila berbincang selepas conference (sebenarnya banyak soalan yang dikemukakan kepada pembentang tersebut tetapi jawapannya agak meleret-leret..)

Pembentang ini sungguh rajin bertanya audience...maka ramai lah pulak yang buat-buat keluar untuk ke tandas...(alasan..air-cond sejuk sangat)..

Jika conference biasanya agak "money oriented", tetapi kali ini perkara yang bermain-main di fikiran saya..."untungkah penganjur???". Mana tidaknya, dengan yuran $340, hari pertama conference (dari pagi hingga malam) makanan yang nampaknya enak-enak & banyak, disediakan secara percuma. Hari kedua, peserta di bawa mengikuti rombongan study abroad, di jamu makan besar buffet, malah yuran masuk ke tempat-tempat dilawati juga dibayar penganjur. Hari ketiga juga study abroad program turut menyajikan Lobsters yang banyak kepada peserta juga lawatan percuma. Hari ke-empat, berlangsungnya conference hingga ke petang, beserta makanan percuma (yang berat-berat....teringat conference di korea di mana kami disajikan kopi dan biskut kering vegetarian). Saya juga kagum dengan cara penganjur memaksimakan penggunaan 4 hari penuh dengan pengetahuan dan pengalaman baru kepada para peserta.

Giliran Zaidi membentang sekitar jam 9 malam (kami pulang sekitar 10 malam, dengan perasaan cuak dan agak menakutkan....bukan dek kerana subwaynya yang kelam-kelam cahaya...tetapi kerana kawasan hotel yang terletak di line "orange", yang mengikut komen-komen di Internet, kawasan paling banyak jenayah berbanding kawasan-kawasan lain).

Sekalung penghargaan kepada UiTM kerana memberi peluang kepada kami untuk menimba pengalaman yang sungguh bermakna di Universiti nombor satu dunia.....

Kenapalah dulu-dulu tak belajar rajin-rajin....kan best kalau dapat belajar kat sini....

Monday, June 7, 2010

Jom buat kapal di Mystic Seaport

Bagi menggantikan waktu malam kami yang digunakan untuk conference, pihak penganjur menaja secara percuma program "study abroad" untuk menjelajah kawasan New England. Kami singgah di Mystic seaport (ala-ala museum berkaitan kapal & pelabuhan). Kami berpeluang melihat cara-cara pembinaan kapal yang masih dipraktiskan hingga kini. Jika anda ingin ke sini, ia mengambil masa 2 jam dari Boston. Yuran masuk adalah $24.






Sunday, June 6, 2010

Dugaan menjadi "Miss Mohamed"



Beg ini telah merantau dunia sejak 2006 (Switzerland, Amsterdam, Paris, Taiwan, Korea -2006 - 2007, USA-2007, Belgium, Prague, Germany, Singapore). Namun kesilapan meng-check-in beg ini dengan nama Miss Mohamed (selalunya guna nama Mr. Dave (Daud)).... maka tamatlah riwayatnya..... hu..hu...siap ada nota lagi yang diletakkan dalam beg mengatakan beg ini terpilih untuk diselongkar....

Friday, June 4, 2010

Gembiranya hati.....buku-buku dan jurnal di Cornell Library

Gembiranya hati bila mendapat tahu ada 10 buku dan artikel jurnal telah di beli oleh Cornell University US. Tersenarai antara universiti terkemuka dunia, maka semangat untuk terus menambah penerbitan jurnal berimpak tinggi semakin membara.... insya-Allah.
Link: http://cornell.worldcat.org/search?q=norzaidi+m.d.&qt=owc_search&scope=0&oldscope=





Harvard COOP Bookstore

Harvard COOP Bookstore terletak di tengah Harvard Square berhampiran dengan subway station. Menghabiskan masa beberapa jam di sini tidak rugi walau sesaat. Banyak buku-buku menarik yang jarang dijumpai di Malaysia. Malah thesis PhD saintis terkenal seperti Stephen Hawking juga ada dijual. Banyak buku berkaitan orang genius ada di sini. Buku untuk pelajar PhD juga banyak. Antara yang menarik adalah "Writing PhD thesis 15 minutes a day". Begitu juga buku-buku untuk panduan para Professors terutamanya berkaitan "Academic Judgement". Buku-buku berkaitan agama Islam, Ilmuwan Islam serta sejarah-sejarah Islam juga banyak dijual. Mengunjungi kedai buku ini membuka minda saya untuk menerima idea-idea baru dalam penulisan sama ada akademik, separa akademik dan juga santai akademik. Insya-Allah ini akan terus memberi semangat kepada kami untuk aktif menulis.



My new books...


Perjalanan ke US kali ini menambahkan koleksi buku-buku kegemaran. Dua buah buku hasil penulisan John Grisham telah dibeli. Sememangnya buku-buku beliau diminati sejak pertama kali membaca "The Client" ketika di UUM. "The Firm", "The Chamber", dan kini "The Street Lawyer" dan "Theodore Boone - Kid Lawyer" menambah koleksi. "Theodore Boone - Kid Lawyer" di beli di Los Angeles Airport ($16.99 - agak murah kerana hard cover). Ketika berjalan ke tempat conference, berhampiran Radcliff Yard, ada dijual second hand book yang masih elok. "The Street Lawyer" kulit Hard Cover dapat dibeli dengan harga $5 sahaja (Harga asal $27.95).

Buku ketiga yang dibeli ialah "How Professors Think" terbitan Harvard University Press dan penulisnya juga adalah seorang Professor wanita di Harvard University (Prof. Michele Lamont). Buku ini dibeli di Harvard COOP Bookstore dengan harga $27.95 (sebelum tambahan cukai $1.75). Saya tertarik dengan ayat pertama di kulit bahagian dalam buku tersebut iaitu "Excellence, originality, Intelligence, everyone in academia stresses quality but what exactly is it, and how do professors identify it?". Jika diikutkan hati, rasa macam nak borong macam-macam buku pelik kat Harvard COOP Bookstore, namun apakan daya, USD dalam kocek makin berkurangan.... Insya-Allah next time kalau datang lagi ke sini, boleh borong sakan buku-buku di Harvard COOP Bookstore ni...

Conference Day at Harvard U - Last Day at Radcliff

Hari terakhir, conference berlangsung hingga petang sahaja. Tidak seperti hari pertama yang berlarutan hingga ke malam. Selaku Associate editor in chief,Zaidi sibuk membuat networking mencari potential reviewers untuk Journal BMQR.


Dr. Cynthia dah "mengah" untuk makan tengah hari kerana terlalu banyak makan lobsters hari sebelumnya.. (rasanya beliau tak lalu makan kerana menanti sesi pembentangan beliau sebelah petang)

Makanan tengah hari yang banyak disediakan oleh penganjur namun kami hanya minum sahaja. Tak berani nak makan kerana dikhuatiri syubahah walaupun makanan vegetarian disediakan.

Ada sesi yang masih berlangsung pada waktu lunch.

Thursday, June 3, 2010

Conference Day at Harvard U - Fay House 15.00 - 17.00 pm

Perjalanan conference di Harvard agak unik. Kami berconference dari pagi hingga hampir pukul sepuluh malam pada hari pertama dan keempat. Ini kerana pada hari kedua dan ketiga, kami akan mengikuti "study abroad tour" anjuran International Journal of Arts and Sciences. Giliran saya adalah pada hari pertama jam 3 petang manakala sesi Zaidi adalah pukul 8 malam.

Peserta pertama "Confirmatory factor analysis on beliefs and attitudes....."

China's response to its carbon dillema...

Mobbing in Turkish....

My turn - ada penonton dari Canada yang ucapkan "Well Done Intan!" Alhamdulillah, hanya ada 2 soalan yang telah dijawab dengan jayanya...

Dah habis presentation, tunggu giliran zaidi pula pada pukul 8 malam

Harvard Business School

Tiba di John Hancock Hotel sekitar jam 7 pagi, permohonan untuk early check-in tidak dapat dipenuhi kerana hotel masih penuh. Walaubagaimanapun, beg dibenarkan disimpan dalam bilik simpanan beg sementara menanti bilik kosong. Tanpa membuang masa, kami menuju ke Harvard University untuk mencari di manakah lokasi conference untuk esok hari.

Menaiki subway dari Back Bay Station (dengan tiket $15 untuk seminggu), kami menaiki line orange ke downtown crossing dan seterusnya bertukar ke red line untuk ke Harvard. Hari minggu, suasana sungguh sunyi dan train juga tak banyak. Jika anda mencari Harvard University umpama mencari Universiti di Malaysia, pasti tidak akan jumpa. Tiada pagar atau pak guard yang tunggu di pintu masuk. Malah pintu masuk pun tak ada. Harvard University sebenarnya adalah sebuar bandar. Fakultinya bertaburan merata-rata tempat sekitar Harvard Square. Business School umpamanya terletak di seberang Charles River. Anda perlu berjalan kaki sekitar 15 minit untuk tiba ke sana.

Dalam perjalanan ke Harvard Business School, kami terjumpa John F. Kennedy School of Goverment. Juga beberapa research centre dan graduate school yang bertaburan di sana sini. Komen: Best tengok suasana sekitar Harvard Business School. Rasa macam nak sambung belajar lagi....

Dalam perjalanan ke hentian subway Harvard (Harvard Square)

Jumpa JFK School of Government (dah excited ...)

Hmmm...dah jumpa Gordon Road... dah dekat ni..

Semakin hampir dengan Harvard Business School

Dah jumpa pelan Harvard Business School

Kawasan kediaman pelajar di business school

Library di kawasan kediaman pelajar

Entrepreneurship research centre