Saturday, December 5, 2009

Masa untuk kembali aktif

Sudah agak lama berehat panjang. Bulan Oktober dan November penuh dengan cuti sakit. Pergi kerja dua tiga hari, sambung pula dengan cuti Aidil Adha. Balik beraya, makan daging korban + sup tulang + kesesakan di lebuhraya, menjadikan hari Isnin dan Selasa kembali bercuti kerana demam. Walaubagaimanapun, dalam deman, saya masih bekerja dari rumah, membantu KP baru (Pn Liza) membuat analisis markah peperiksaan akhir untuk pembentangan. Kebetulan pula memang telah memohon cuti rehat dari Rabu hingga Jumaat, menjadikan satu tempoh rehat yang agak lama. Namun cuti ini digunakan untuk kembali aktif dengan kerja-kerja penyelidikan. Satu geran e-science telah diisi (80% siap). Saya juga sedang mengekstrak thesis Master supervisee yang telah pun viva baru-baru ini untuk di hantar ke SCOPUS Journal. Ada beberapa lagi artikel yang sedang diusahakan untu dihantar ke ISI Journal.

Dah lama (setahun setengah) saya tidak merasai suasana seperti ini. Melepaskan jawatan KP seolah melepaskan satu bebanan batu besar diatas bahu. Mana tidaknya, menjaga hampir 1600 pelajar pelbagai lepasan (DIA/DAIS/DIB/DBS/Politeknik/Matrik dll), dengan pelbagai ragam, yang sakit, yang bergaduh dengan keluarga, yang tertekan kerana bergaduh dengan teman serumah/kawan-kawan, yang blurr tak tahu nak buat apa kerana CGPA semakin menurun, telefon asyik berdering, mailbox sms asyik penuh, kini saya terasa aman walau masih ada yang tersasul menelefon atau sms. Pernah seorang sahabat berkata, menjadi KP Normal Track di Shah Alam, elaun bulanan hanya habis membayar bil telefon dan beli panadol. Benarkah begitu???



Namun bagi saya ianya satu pengalaman berharga. Lebih-lebih lagi, usaha saya mengadakan program perintis mahasiswa terbilang untuk pelajar-pelajar semester satu telah membuahkan hasil yang sungguh mengembirakan. Peningkatan pelajar yang mendapat Anugerah Sijil Dekan meningkat kepada 41.6%. Ini bermakna, mereka ini akan mara ke semester 2 sebagai calon Anugerah Naib Canselor. Program ini saya adakan kerana lepasan Matrikulasi lazimnya sukar membawa diri dalam alam kampus. Mungkin atas dasar usia yang terlalu muda, ataupun kekeliruan yang timbul apabila beralih daripada bahasa melayu ke bahasa inggeris. Terima kasih tidak terhingga kepada para pensyarah yang terlibat. Moga usaha ini akan berterusan.

No comments: