Thursday, December 24, 2009

The Merlion, Singapore




Komen:
Sesuai dilawati. Namun cuba elakkan waktu tengah hari terik kerana agak sukar mendapat sudut yang menarik kerana cahaya matahari yang terlalu terik.

Tuesday, December 22, 2009

Raffles Place & Singapore River






Komen:
Paling berbaloi untuk dikunjungi. Terasa seperti berada di Charles Bridge, Prague ataupun Rhein Main Frankfurt. Pemandangan yang sungguh indah serta kawasannya sungguh bersih. Anda boleh menyeberangi singapore river untuk melihat lebih banyak bangunan klasik, manakala jika anda berjalan sehingga ke bahagian hujung, anda menghampiri Merlion, iaitu mercu tanda Singapure.

National Museum of Singapore




My personal comments:
Lebih baik habiskan masa dan wang anda untuk mengunjungi Zoo dll.
Barang pameran yang terlalu kurang (hanya berkisar tentang sejarah penubuhan Singapura)
Hanya satu bahagian pameran yang agak menarik iaitu berkaitan koleksi filem P Ramlee.

* Walaubagaimanapun, museum ini mesra OKU kerana menyediakan perkhidmatan audio visual dan penerangan bahan pameran dalam tulisan braile

Sunday, December 20, 2009

Philatelic Museum Singapore

Zaidi dan setem memang tidak dapat dipisahkan. Hobinya dari kecil hinggalah sekarang. Bukan sahaja setem, sampul surat hari pertama, replika peti pos, duit siling keluaran khas & duit siling lama; segala-galanya adalah minatnya. Di Singapore, Zaidi sungguh teruja untuk ke Philatelic Museum. Terkejut juga bila melihat dia berbelanja beratus-ratus ringgit untuk membeli setem & peti surat mini. Hobi terbaru Zaidi, membuat koleksi peti surat semua negara yang pernah dilawatinya. Terkejut saya apabila melihat dia mula memesan peti surat US, UK, Jepun, ........dll. Namun dia kelihatan agak kecewa bila hanya tiga peti surat sahaja yang ada, manakala yang lain kehabisan stok. Satu lagi yang menarik, Zaidi juga berkesempatan membeli setem khas berbentuk "chocolate bar". Dan yang lebih menarik, setem tersebut benar-benar berbau coklat.






Friday, December 18, 2009

SIngapore Day 2 - Chinese Garden











Dari MRT Bugis ke hentian MRT Chinese Garden, anda hanya perlu membayar $1.80. Perjalanannya agak lama, lebih kurang 15-20 minit. Tiada bayaran masuk dikenakan:

Komen:
- Sesuai untuk pencinta alam
- Amat sesuai untuk beriadah
- Tidak sesuai untuk dilawati jika anda mempunyai waktu yang singkat (kerana ianya meletihkan)
- Sila bawa air minuman kerana vending machine hanya menjual air bergas

Singapore Day 2 - Menjejaki buku sendiri di National Library Singapore

Hari ini adalah kenangan yang sungguh berharga. Kegembiraan menjejaki buku sendiri yang dibeli oleh Singapore National Library amat mengujakan. Tidak jauh, hanya beberapa ratus meter dari Landmark Village Hotel, tersergam indah National Library of Singapore. Pada mulanya terasa agak kecewa apabila melihat tanda amaran dilarang mengambil gambar. Namun apabila kami memaklumkan kepada pegawai bertugas bahawa kami adalah penulis buku tersebut dan datang dari Malaysia, mereka minta pengenalan diri dan setelah pengesahan dibuat, mereka gembira menerima kunjungan kami dan membenarkan kami mengambil gambar dengan buku tersebut di ruangan perbincangan. Insya-allah kami juga bercadang untuk ke National Library Australia suatu hari nanti kerana satu lagi buku kami berada di sana.

Dah sampai ke National Library

Di pintu masuk, buku tersebut berada di Tingkat 11

Carian secara online di Main Lobby

Simpan Barang Dalam Loker Dulu.....

No Rujukan: 387.1028509595NOR

Gembira & Teruja

Thursday, December 17, 2009

Singapore Day 1 - Changi Airport & Bugis Junction


Bertolak dari KLIA pukul 8.15 am, pesawat MH601 tiba di Lapangan Terbang Changi pada pukul 9.15 pagi. Airport Changi tidaklah se gah namanya, agak kecil, hampir seperti airport geneva. KLIA jauh lebih cantik. Namun, sistem pengangkutan MRT dari airport ke pusat bandar sungguh efisyen (boleh dikatakan terbaik berbanding Seoul, Belgium, Germany dan Prague). Harganya juga murah. Jika menaiki teksi, tambangnya $20, menaiki MRT ke Victoria Street hanya $1.60.

Waktu tengah hari hingga 4 petang hujan turun agak lebat. Pada sebelah petang, destinasi seterusya adalah jalan-jalan di Bugis Junction & Bugis Street. Banyak pasaraya dan juga kedai-kedai pelancongan. Berada di Bugis Street terasa umpama berada di Namdaemun Market di Seoul. Terlalu ramai manusia & terlalu banyak barang-barang jualan.

Wednesday, December 16, 2009

Cuti-cuti Singapore


Penerbangan ke singapore akan berlepas dari KLIA pukul 8.05 pagi, 17 December 2009. Hanya sekadar pergi bercuti (ramai yang bertanya, ada conference ke?). Cuma Zaidi agak teruja bila mendengar ada philatelic museum berhampiran hotel yang ditempah (peminat setia stem dan yang sewaktu dengannya). Lebih mengujakan, bila melihat website museum tersebut ada pula jual cenderahati peti-peti POS dunia.

Saturday, December 12, 2009

Law of Reversion

Mengemas buku-buku lama, terlihat sekeping kertas mengandungi slides presentation ketika menghadiri kelas Prof. Chacko (problem formation & formulation) di MMU suatu ketika dahulu. Masih segar dalam ingatan, pelbagai macam theory yang kami belajar terutamanya teori-teori sains yang boleh diaplikasikan dalam bidang social sciences. Antara teori yang paling saya suka adalah game theory dan juga satu theory genetik yang boleh diaplikasikan dalam bidang E-commerce (iaitu evolutionary game theory). Namun slides yang saya jumpa ini adalah satu lagi theory yang saya kena present dalam kelas pada waktu itu. Ianya juga satu theory genetik oleh Galton, 1886. Antara yang diperbincangkan:

Problem Formation:
How it was possible for an entire population to remain alike in its features, as a whole, during many successive generations, if the average products of each couple resemble their parents?

To answer the problem, Galton study the inheritance of size by raising sweet peas. Size of the seeds produced corresponding to the size of the seed sown (Law of Reversion)

Disinilah munculnya perkataan asal regresssion. Ianya di kenali sebagai Law of reversion sebelum di tukar kepada regression.

Saturday, December 5, 2009

Masa untuk kembali aktif

Sudah agak lama berehat panjang. Bulan Oktober dan November penuh dengan cuti sakit. Pergi kerja dua tiga hari, sambung pula dengan cuti Aidil Adha. Balik beraya, makan daging korban + sup tulang + kesesakan di lebuhraya, menjadikan hari Isnin dan Selasa kembali bercuti kerana demam. Walaubagaimanapun, dalam deman, saya masih bekerja dari rumah, membantu KP baru (Pn Liza) membuat analisis markah peperiksaan akhir untuk pembentangan. Kebetulan pula memang telah memohon cuti rehat dari Rabu hingga Jumaat, menjadikan satu tempoh rehat yang agak lama. Namun cuti ini digunakan untuk kembali aktif dengan kerja-kerja penyelidikan. Satu geran e-science telah diisi (80% siap). Saya juga sedang mengekstrak thesis Master supervisee yang telah pun viva baru-baru ini untuk di hantar ke SCOPUS Journal. Ada beberapa lagi artikel yang sedang diusahakan untu dihantar ke ISI Journal.

Dah lama (setahun setengah) saya tidak merasai suasana seperti ini. Melepaskan jawatan KP seolah melepaskan satu bebanan batu besar diatas bahu. Mana tidaknya, menjaga hampir 1600 pelajar pelbagai lepasan (DIA/DAIS/DIB/DBS/Politeknik/Matrik dll), dengan pelbagai ragam, yang sakit, yang bergaduh dengan keluarga, yang tertekan kerana bergaduh dengan teman serumah/kawan-kawan, yang blurr tak tahu nak buat apa kerana CGPA semakin menurun, telefon asyik berdering, mailbox sms asyik penuh, kini saya terasa aman walau masih ada yang tersasul menelefon atau sms. Pernah seorang sahabat berkata, menjadi KP Normal Track di Shah Alam, elaun bulanan hanya habis membayar bil telefon dan beli panadol. Benarkah begitu???



Namun bagi saya ianya satu pengalaman berharga. Lebih-lebih lagi, usaha saya mengadakan program perintis mahasiswa terbilang untuk pelajar-pelajar semester satu telah membuahkan hasil yang sungguh mengembirakan. Peningkatan pelajar yang mendapat Anugerah Sijil Dekan meningkat kepada 41.6%. Ini bermakna, mereka ini akan mara ke semester 2 sebagai calon Anugerah Naib Canselor. Program ini saya adakan kerana lepasan Matrikulasi lazimnya sukar membawa diri dalam alam kampus. Mungkin atas dasar usia yang terlalu muda, ataupun kekeliruan yang timbul apabila beralih daripada bahasa melayu ke bahasa inggeris. Terima kasih tidak terhingga kepada para pensyarah yang terlibat. Moga usaha ini akan berterusan.