Monday, November 16, 2009

ISI Journal vs. ISI Conference Proceeding

Akhir-akhir ini isu penerbitan ISI sering diperkatakan. Ada yang menganggap ISI journal dan ISI conference proceeding adalah sama. Hakikat sebenarnya, ianya berbeza. Pengalaman penerbitan dalam kedua-dua jurnal & proceeding membolehkan saya faham dengan lebih jelas akan perbezaannya. ISI proceeding, agak mudah untuk diterima. Anda hanya perlu mencari conference yang mempunyai ISI proceeding. Penerimaannya juga agak tinggi. Pengalaman saya ketika menghantar satu artikel untuk penerbitan di perth, permohonan sebanyak 900 kertas kerja, lebih kurang 350 (kadar penerimaan selalunya antara 30% - 40 %)adalah berjaya (menurut organizer conference tersebut). Ianya juga agak mudah, hanya 5 muka surat (lebih kurang 10 pages jika 1 1/2 spacing). Malah, practical implementation(sesuatu research) tidak begitu penting.

Apa bezanya dengan ISI Journal???
Ianya amat sukar. Penerbitan lazimnya mengambil masa yang lama. Saya mempunyai 3 penerbitan dalam ISI journal iaitu Industrial management and Data System (IMDS), Journal of Computer and Information System (JCIS) dan juga ASLIB Proceeding (ianya adalah journal bukannya proceeding). Penerbitan ini mengambil masa setahun malah ada yang mencecah setahun lebih. Artikelnya lebih panjang. Reviewer lazimnya dari Universiti Terkemuka Dunia yang juga mempunyai banyak penerbitan ISI. Peratusan penerimaan yang begitu kecil (antara 1% - 10%), statistical method mestilah yang terkini seperti SEM, elemen penting yang dilihat lazimnya berkaitan dengan practical implementation of the research terutamanya penekanan kepada significant contribution to new knowledge.

Wajarkah ISI Journal disamakan dengan ISI proceeding dalam penilaian kenaikan pangkat?
Pada pandangan saya, ianya tidak wajar. Effort yang diperlukan untuk menulis ISI journal 10 kali ganda daripada yang diperlukan untuk menghasilkan artikel dalam ISI proceeding. Untuk ISI proceeding, saya hanya memerlukan satu hari penuh untuk menyiapkannya. namun tidak bagi ISI journal kerana banyak rules & requirements yang perlu dipatuhi dalam penghasilan artikel untuk ISI journal.

No comments: