Wednesday, November 25, 2009

MyPA Version 1.1

Main Menu

Data Entry

Reports Menu for Publication

Sample Report

MyPA version 1.1 adalah produk terbaru yang akan menyertai IID 2010. Actually ini adalah one stop information database yang saya design untuk Accounting Research Institute. Insya-Allah dengan adanya database ini akan memudahkan penyimpanan maklumat ARI berkaitan staff, ARI members, publications, awards etc. So lepas ni kalau ada apa-apa event yang memerlukan maklumat, boleh dapatkan daripada MyPA. Kalau ada mana-mana kampus cawangan/pusat penyelidikan/fakulti yang berminat, MyPA boleh dicustomize mengikut keperluan pengguna. Keunikan MyPA adalah ia boleh menyimpan bukan sahaja data tetapi juga gambar dan lain-lain attachment dalam bentuk softcopy.

Monday, November 23, 2009

Once Upon a Time - Zaman Matrikulasi UUM 1992/93

Gambar selepas habis kelas (Kelas from 8.00am - 12.00 noon je)

Gambar kelas semasa matrik tahun 1

Gambar kelas semasa matrik tahun 2

Saturday, November 21, 2009

Bengkel Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi, UNITEN

Bengkel ini dianjurkan oleh department of Accounting, College of Business Management and Accounting UNITEN beberapa bulan lalu. Saya diperuntukkan satu hari untuk memberi penerangan berkaitan penyelidikan (Quantitative Research Questionnaire Survey-Step by step), penerbitan jurnal dan juga Inovasi. Bengkel tersebut diadakan di Summerset Resort Rompin. Hasil positif bengkel tersebut dapat dilihat dalam pertandingan Inovasi PECIPTA 2009 pada bulan Oktober lepas. Beberapa pensyarah perakaunan UNITEN telah memberanikan diri menyertai PECIPTA 2009. Turut sama dalam PECIPTA 2009 adalah dekan, En. Mohmad Sakarnor Deris. Beliau datang ke booth pameran saya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana menurut beliau, bengkel di Summerset Resort memberi kesan yang sungguh positif dikalangan para peserta.

Perasmian oleh Dekan

Antara yang hadir

Turut hadir, ketua jabatan

Sesi pertama: Quantitative Research Q'aire Survey

"operational definition of construct"

Monday, November 16, 2009

ISI Journal vs. ISI Conference Proceeding

Akhir-akhir ini isu penerbitan ISI sering diperkatakan. Ada yang menganggap ISI journal dan ISI conference proceeding adalah sama. Hakikat sebenarnya, ianya berbeza. Pengalaman penerbitan dalam kedua-dua jurnal & proceeding membolehkan saya faham dengan lebih jelas akan perbezaannya. ISI proceeding, agak mudah untuk diterima. Anda hanya perlu mencari conference yang mempunyai ISI proceeding. Penerimaannya juga agak tinggi. Pengalaman saya ketika menghantar satu artikel untuk penerbitan di perth, permohonan sebanyak 900 kertas kerja, lebih kurang 350 (kadar penerimaan selalunya antara 30% - 40 %)adalah berjaya (menurut organizer conference tersebut). Ianya juga agak mudah, hanya 5 muka surat (lebih kurang 10 pages jika 1 1/2 spacing). Malah, practical implementation(sesuatu research) tidak begitu penting.

Apa bezanya dengan ISI Journal???
Ianya amat sukar. Penerbitan lazimnya mengambil masa yang lama. Saya mempunyai 3 penerbitan dalam ISI journal iaitu Industrial management and Data System (IMDS), Journal of Computer and Information System (JCIS) dan juga ASLIB Proceeding (ianya adalah journal bukannya proceeding). Penerbitan ini mengambil masa setahun malah ada yang mencecah setahun lebih. Artikelnya lebih panjang. Reviewer lazimnya dari Universiti Terkemuka Dunia yang juga mempunyai banyak penerbitan ISI. Peratusan penerimaan yang begitu kecil (antara 1% - 10%), statistical method mestilah yang terkini seperti SEM, elemen penting yang dilihat lazimnya berkaitan dengan practical implementation of the research terutamanya penekanan kepada significant contribution to new knowledge.

Wajarkah ISI Journal disamakan dengan ISI proceeding dalam penilaian kenaikan pangkat?
Pada pandangan saya, ianya tidak wajar. Effort yang diperlukan untuk menulis ISI journal 10 kali ganda daripada yang diperlukan untuk menghasilkan artikel dalam ISI proceeding. Untuk ISI proceeding, saya hanya memerlukan satu hari penuh untuk menyiapkannya. namun tidak bagi ISI journal kerana banyak rules & requirements yang perlu dipatuhi dalam penghasilan artikel untuk ISI journal.

Sunday, November 15, 2009

Cuti-cuti Singapore



"Jauh perjalanan, banyak enrich miles". Memandangkan banyak enrich miles yang akan expired hujung tahun ini, maka kami bercadang membuat free ticket redemption. Maka destinasi pilihan adalah Singapore. Hanya 20,000 miles (for two free tickets) + RM150 (tax) per person. Insya-Allah kami akan ke sana untuk tempoh 17 - 21 Disember 2009, dan menginap di Landmark Village Hotel, Victoria Street.

Saturday, November 7, 2009

TQ

Terima kasih atas segala ucapan takziah & sokongan moral para sahabat & rakan-rakan di Fakulti di atas kehilangan bayi saya yang ke tiga (selepas kehilangan sepasang kembar pada tahun 2005). Sesungguhnya segala yang berlaku adalah atas ketentuan Allah swt.

Intan & Zaidi