Thursday, October 29, 2009

Selamat ke Belgium



Beberapa orang sahabat akan ke Belgium untuk invention competition. Semoga mereka berjaya membawa pulang pingat dan mengharumkan nama Malaysia di sana. Ada yang bertanya resepi untuk mendapat pingat emas, jawapan saya amat mudah...

1. Produk mesti memiliki IPR (Trademark, patent etc)
2. Telah diterbitkan dalam jurnal terkemuka (ISI or SCOPUS)
3. Telah atau dalam proses pengkomersialan
4. Mempunyai impak yang besar kepada masyarakat (bukan kepada golongan tertentu sahaja.

Pengalaman sudah pasti begitu significant dalam apa jua yang anda usahakan.
Semoga Berjaya!!

Wednesday, October 21, 2009

H1N1 - 2 ahli keluarga dijangkiti

Adik bongsu (Jen) & second bongsu (Hakimi) dijangkiti H1N1 dan kini sedang dikuarantin dirumah baru adik ketiga bongsu (Teh E). Empat orang ahli keluarga menjalani ujian swab tekak di Selangor Specialist hospital (seorang demam, tiga orang sakit tekak). Keputusan ujian, 2 orang positif, 2 orang negatif. Maka, rutin harian abang & 3 orang kakak di Shah Alam adalah bergilir-gilir menghantar sarapan pagi, tengahari dan malam (delivery hanya setakat diletakkan atas bonet kereta sahaja gara-gara takut dijangkiti). Semoga Jen & Mi cepat sembuh, Insya-Allah!