Friday, August 21, 2009

Street Musicians - Charles Bridge







"Street musicians", mereka adalah manusia pencetus suasana. Bergantung kepada lagu yang dimainkan, kalau lagu romantik, maka romantiklah suasana; kalau lagu rancak, maka "happening" lah suasana sekitar. Di charles bridge, terdapat sekumpulan pemuzik jalanan yang sentiasa memainkan lagu-lagu romantik. Ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa (walaupun kekadang rasa macam nak melayang), pemandangan klasik bangunan sekitar dan melihatkan bot-bot/kapal-kapal kecil bersiar-siar melintasi bawah jambatan, tidak hairanlah kawasan ini menjadi tumpuan utama pelancong jika ke bandar Prague.

No comments: