Monday, August 3, 2009

Diplomat Hotel Praha


Di Czech Republic, kami menginap di Diplomat Hotel Praha, iaitu tempat EABR Conference diadakan. Hotel tersebut bertaraf 4 bintang dengan harga bilik EUR 130. Tak banyak beza dengan hotel 4 bintang di Malaysia. Kebaikan hotel ini, staf yang ramah dan fasih berbahasa inggeris (walaupun ada slang czech), hanya bersebelahan dengan stesen subway (hentian Dejvicka), juga di hadapan hotel adalah hentian bas dari airport, hanya beberapa minit untuk ke pusat bandar (menaiki subway - hentian ke 3, stramoneska), dan boleh ke tempat-tempat menarik seperti prague castle dengan hanya berjalan kaki. Namun kepada mereka yang ingin menjimatkan kos, boleh terus menginap di pusat bandar dengan kadar sewa serendah EUR 50 (namun bandar Prague terkenal dengan "ghost at night" kerana ianya didirikan di atas mayat-mayat yang tertimbus berkurun lamanya akibat peperangan & keganasan.

No comments: