Friday, August 21, 2009

Street Musicians - Charles Bridge







"Street musicians", mereka adalah manusia pencetus suasana. Bergantung kepada lagu yang dimainkan, kalau lagu romantik, maka romantiklah suasana; kalau lagu rancak, maka "happening" lah suasana sekitar. Di charles bridge, terdapat sekumpulan pemuzik jalanan yang sentiasa memainkan lagu-lagu romantik. Ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa (walaupun kekadang rasa macam nak melayang), pemandangan klasik bangunan sekitar dan melihatkan bot-bot/kapal-kapal kecil bersiar-siar melintasi bawah jambatan, tidak hairanlah kawasan ini menjadi tumpuan utama pelancong jika ke bandar Prague.

Escalator

Escalator di Subway Prague sungguh tinggi. Berminit-minit nak sampai ke atas. Nak naik tak ada masalah, namun bila nak turun, sesiapa yang "gayat", usahlah pandang ke bawah,sungguh menakutkan. Ada rakan yang jatuh kerana "gayat". Ada yang berkata "pening". Namun anda harus menaikinya jika ingin keluar dari stesen subway bawah tanah. Bagi saya, pertama kali menggunakannya agak risau, tetapi beberapa kali mencuba, dah macam best pulak. Di Prague, ramai pasangan kekasih yang "bercinta sakan" ketika menaiki escalator ini.

Wednesday, August 19, 2009

Kedutaan Malaysia di Prague, Czech Republic

Kedutaan Malaysia di Prague terletak di sekitar kawasan pelancongan. Kebetulan ketika kami makan di restoran pakistan, terjumpa pula dengan pelajar-pelajar Malaysia di Prague yang kebanyakkannya mengambil kursus perubatan dan English. Maka, jadilah sesi melawat kedutaan Malaysia di sana. Dihadapan kedutaan pula terdapat taman yang agak sesuai untuk merehatkan minda, sesuai betul untuk aktiviti selepas makan nasi briyani....


Kenapalah kecil sangat logo kedutaan ni???


Depan Kedutaan Malaysia di Prague, Czech Republic


Taman depan kedutaan Malaysia

Tuesday, August 11, 2009

Tourist Guide, Prague

Gaya seorang tourist guide with black umbrella

Di Prague, rakyatnya mencari wang saku sampingan dengan menjadi tourist guide. Macam-macam gaya, ada yang mengiklankan diri mereka dalam Brochures seperti berikut:
- The man with red hat at Astronomical clock
- Find for yellow umbrella, 9.00am at Prague old town

Monday, August 10, 2009

IL COMMENDATORE


IL Commendatore adalah Statue berdekatan Stavovske Divadlo (Estates Theater) sempena memperingati pementasan opera Don Giovanni yang pertama, conducted by Mozart himself in this same theater

Sunday, August 9, 2009

Demam!!!

Mulai khamis, sudah terasa sakit-sakit badan & seram sejuk. Demam lah pulak.. Musim H1N1, menyebabkan hati sedikit resah. Jerebu pula turut menyumbang allergy = asthma. Jumaat pagi, Zaidi turut demam. 3 hari cuti, hanya merehatkan badan untuk kembali pulih. Namun cuti hanya pada nama, sms dan telefon berdering-dering, masih ramai pelajar yang bersikap "last minute", terlupa mendaftar kumpulan kelas (atau sengaja buat-buat terlupa??). Ada yang mengadu, terlupa bayar yuran... (rehatku tergendala). Mulai minggu ini, saya akan memakai mask ketika bekerja @ berjumpa pelajar. Bilik yang kecil, air-cond dan carpet lama yang sesungguhnya memang banyak menyumbangkan masalah kesihatan, ditambah pula pelajar-pelajar yang batuk, selsema (dan tanpa dapat dikawal, menyebarkan virus-virus kepada KP, argghh.. TENSIONNYA!!!

Monday, August 3, 2009

Diplomat Hotel Praha


Di Czech Republic, kami menginap di Diplomat Hotel Praha, iaitu tempat EABR Conference diadakan. Hotel tersebut bertaraf 4 bintang dengan harga bilik EUR 130. Tak banyak beza dengan hotel 4 bintang di Malaysia. Kebaikan hotel ini, staf yang ramah dan fasih berbahasa inggeris (walaupun ada slang czech), hanya bersebelahan dengan stesen subway (hentian Dejvicka), juga di hadapan hotel adalah hentian bas dari airport, hanya beberapa minit untuk ke pusat bandar (menaiki subway - hentian ke 3, stramoneska), dan boleh ke tempat-tempat menarik seperti prague castle dengan hanya berjalan kaki. Namun kepada mereka yang ingin menjimatkan kos, boleh terus menginap di pusat bandar dengan kadar sewa serendah EUR 50 (namun bandar Prague terkenal dengan "ghost at night" kerana ianya didirikan di atas mayat-mayat yang tertimbus berkurun lamanya akibat peperangan & keganasan.