Sunday, June 28, 2009

Prague Castle

Di pintu masuk ke prague castle

Macam bangunan kat Melaka pula....

Castle ni macam cerita Harry Porter...

Bangunan ini dahulunya pejabat pentadbiran presiden

Sekejap panas.......

..........sekejap hujan

Cuti tambahan 2 hari selepas EABR conference, digunakan sepenuhnya untuk menjelajah Prague. Prague Castle adalah antara tempat menarik untuk dikunjungi. Dari Diplomat Hotel, anda boleh memilih untuk berjalan kaki ataupun menaiki subway dan berhenti di Malostranska. Kami memilih menaiki subway untuk menjimatkan tenaga. Tambahan pula, cuaca pada hari tersebut agak tidak menentu, sekejap hujan, sekejap berangin dengan suhu mencecah 9 darjah celcius. Dari hentian Malostranska, kami hanya berjalan beberapa puluh meter untuk sampai ke kaki bukit. Terdapat dua pilihan iaitu mendaki bukit atau menaiki kenderaan. Kami memilih mendaki bukit sambil melalui kawasan penanaman anggur untuk sampai ke Prague Castle. Kebetulan pula hari tersebut adalah hari percuma untuk melawat. Sungguh ramai pelancong yang turut berkunjung. Sebenarnya terdapat pelbagai tempat menarik di Prague Castle seperti muzium, kedai cenderahati, dan dewan pertunjukan orkestra. Prague Castle sebelum ini digunakan sebagai pejabat pemerintahan presiden namun kini ianya telah menjadi pusat pelancongan terkenal di Prague.

No comments: