Saturday, June 20, 2009

Makan-makan di Prague

Lapan hari di Prague, kami mengambil peluang menikmati masakan halal di sana. Carian di Internet menunjukkan ada hampir 10 kedai makanan halal tetapi yang boleh dipercayai hanya 2 kedai iaitu Halal Fast Food (masakan Pakistan & India Muslim) hanya beberapa meter ke Kedutaan Malaysia dan Picadilly Hallal Restaurant (Lubnan) yang berhampiran dengan Muzeum. Ini kerana hanya 2 buah kedai ini yang halal 100%. Yang lainnya, masih menjual arak walaupun dikatakan mempunyai makanan halal dan pemiliknya orang islam.
Briyani Pakistan (tak pedas langsung)

Salad, fries & kebab ayam

Salad, fries, kebab ayam & falafel

Nasi arab & kebab ayam (sesiapa yang pergi prague, jangan order menu ini. Tak sedap sebab nasinya keras)

No comments: