Thursday, June 11, 2009

EABR Conference Prague, Czech Republic

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Prague Czech Republic setelah menempuhi penerbangan yang agak menakutkan selama hampir 15 jam. Cuaca terutamanya ketika melalui lautan Andaman agak buruk. Transit selama 3 jam di Amsterdam, saya, Zaidi dan PM Dr. Jamil seterusnya ke Prague menaiki Czech Airlines. Manakala Prof. Fauziah, Datin Hajibah, Dr. Roy, Dr. Rohana dan Erlane menaiki KLM lebih awal daripada kami namun tiba hampir sama kerana kerosakan teknikal pesawat KLM di Amsterdam. EABR conference diadakan selamat 4 hari iaitu 8-11 Jun. Saya mendapat giliran pembentangan sesi pertama pukul 8 pagi. Agak pening-pening juga dek kerana jet lag. Alhamdulillah kesemua rakan-rakan dari UiTM selamat membentang research masing-masing dengan jayanya, dan juga berjaya menghadapi serangan hebat soalan-soalan dari pakar-pakar luar negara yang lain.

Me, presenting my research

Dr. Roy, presenting her research

PM Dr Jamil & Zaidi di Charles Bridge

Di Charles Bridge ketika mengikuti rombongan Clute Institute ke Charles University, Praha 1




No comments: