Monday, June 15, 2009

Charles Bridge, Praha 1


Charles Bridge yang terletak di Praha 1 Czech Republic merupakan tempat tumpuan pelancong. Bridge tersebut dibina pada zaman Raja Charles (yang sungguh glamour di sini). Ianya taklah panjang sangat cuma banyak aktiviti kesenian dan kebudayaan dilakukan atas Jambatan ini. Pemuzik jalanan misalnya, asyik mengalun muzik romantik manakala pelukis-pelukis menjalankan aktiviti lukisan potret pengunjung disamping menjual hasil lukisan mereka. Uniknya, Charles bridge menghubungkan dua bandar aitu Old Town & Mala Strana yang dipisahkan oleh sebatang sungai yang dipenuhi pelancong-pelancong yang menikmati boat ride.

No comments: