Sunday, June 28, 2009

Prague Castle

Di pintu masuk ke prague castle

Macam bangunan kat Melaka pula....

Castle ni macam cerita Harry Porter...

Bangunan ini dahulunya pejabat pentadbiran presiden

Sekejap panas.......

..........sekejap hujan

Cuti tambahan 2 hari selepas EABR conference, digunakan sepenuhnya untuk menjelajah Prague. Prague Castle adalah antara tempat menarik untuk dikunjungi. Dari Diplomat Hotel, anda boleh memilih untuk berjalan kaki ataupun menaiki subway dan berhenti di Malostranska. Kami memilih menaiki subway untuk menjimatkan tenaga. Tambahan pula, cuaca pada hari tersebut agak tidak menentu, sekejap hujan, sekejap berangin dengan suhu mencecah 9 darjah celcius. Dari hentian Malostranska, kami hanya berjalan beberapa puluh meter untuk sampai ke kaki bukit. Terdapat dua pilihan iaitu mendaki bukit atau menaiki kenderaan. Kami memilih mendaki bukit sambil melalui kawasan penanaman anggur untuk sampai ke Prague Castle. Kebetulan pula hari tersebut adalah hari percuma untuk melawat. Sungguh ramai pelancong yang turut berkunjung. Sebenarnya terdapat pelbagai tempat menarik di Prague Castle seperti muzium, kedai cenderahati, dan dewan pertunjukan orkestra. Prague Castle sebelum ini digunakan sebagai pejabat pemerintahan presiden namun kini ianya telah menjadi pusat pelancongan terkenal di Prague.

Misteri...

Minggu lepas saya bermalam di sebuah resort di Pahang. Entah macam mana, tergerak hati untuk mengambil gambar di ruang tidur resort tersebut. Ketika melihat gambar-gambar yang telah diambil, kelihatan sedikit pelik di bahagian atas bucu almari. Untuk melihat dengan lebih jelas, saya cuba mengubah pencahayaan gambar tersebut menggunakan Adobe photoshop. Maka kelihatan susuk lembaga yang agak menakutkan. Ianya masih misteri.....

Saturday, June 20, 2009

Bunga-bunga Prague

Cuaca sederhana sejuk amat sesuai dengan bunga-bungaan. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama bunga-bunga yang mekar mewangi. Paling cantik adalah bunga ros besar berhampiran Charles Bridge di Old Town. Namun AWAS!! Ros besar ini berduri.
Lavender di Prague Castle

Roses at Wencesles Square

Bunga di Wencesles Square

Bunga berhampiran stesen Metro Stramoneska

Roses at Old Town

Makan-makan di Prague

Lapan hari di Prague, kami mengambil peluang menikmati masakan halal di sana. Carian di Internet menunjukkan ada hampir 10 kedai makanan halal tetapi yang boleh dipercayai hanya 2 kedai iaitu Halal Fast Food (masakan Pakistan & India Muslim) hanya beberapa meter ke Kedutaan Malaysia dan Picadilly Hallal Restaurant (Lubnan) yang berhampiran dengan Muzeum. Ini kerana hanya 2 buah kedai ini yang halal 100%. Yang lainnya, masih menjual arak walaupun dikatakan mempunyai makanan halal dan pemiliknya orang islam.
Briyani Pakistan (tak pedas langsung)

Salad, fries & kebab ayam

Salad, fries, kebab ayam & falafel

Nasi arab & kebab ayam (sesiapa yang pergi prague, jangan order menu ini. Tak sedap sebab nasinya keras)

Friday, June 19, 2009

Prague National Muzeum Siri 1 - Senibina Klasik

Selepas tamatnya conference, kami mengambil cuti tambahan (hotel kena bayar sendiri ler..) dua hari untuk menjelajah Prague. Cuaca agak baik, maka kami menggunakan subway untuk ke hentian Muzeum. Harganya tetap sama iaitu CZK 72 (untuk pergi balik dua orang). Muzeum Prague sungguh antik dan besar. Penat jugalah menapak tapi semua keletihan hilang apabila kami singgah di Picadilly Halal Food yang hanya terletak beberapa meter dari Muzeum.
Depan Muzeum

Tangga antik

After paying the ticket, Czech Koruna 450, he..he.. dah boleh masuk & ambil gambar
The roof

Lebar sangat muzeum ni, tak muat gambar

A visit to Charles University, Prague

Sungguh menyeramkan...

Dewan ala-ala Parlimen

Kerusi zaman dulu-dulu

On the first conference day, we joined the organizer for an academic visit to Charles University in Prague(also known as Universitas Carolina). Musykil bila tengok perkataan Universitas, macam bahasa Indonesia pulak. Whatever, this university sungguh antik. Quite surprised, ramai juga pelajar Malaysia doing medical and English studies kat sini.

Monday, June 15, 2009

Charles Bridge, Praha 1


Charles Bridge yang terletak di Praha 1 Czech Republic merupakan tempat tumpuan pelancong. Bridge tersebut dibina pada zaman Raja Charles (yang sungguh glamour di sini). Ianya taklah panjang sangat cuma banyak aktiviti kesenian dan kebudayaan dilakukan atas Jambatan ini. Pemuzik jalanan misalnya, asyik mengalun muzik romantik manakala pelukis-pelukis menjalankan aktiviti lukisan potret pengunjung disamping menjual hasil lukisan mereka. Uniknya, Charles bridge menghubungkan dua bandar aitu Old Town & Mala Strana yang dipisahkan oleh sebatang sungai yang dipenuhi pelancong-pelancong yang menikmati boat ride.

Thursday, June 11, 2009

EABR Conference Prague, Czech Republic

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Prague Czech Republic setelah menempuhi penerbangan yang agak menakutkan selama hampir 15 jam. Cuaca terutamanya ketika melalui lautan Andaman agak buruk. Transit selama 3 jam di Amsterdam, saya, Zaidi dan PM Dr. Jamil seterusnya ke Prague menaiki Czech Airlines. Manakala Prof. Fauziah, Datin Hajibah, Dr. Roy, Dr. Rohana dan Erlane menaiki KLM lebih awal daripada kami namun tiba hampir sama kerana kerosakan teknikal pesawat KLM di Amsterdam. EABR conference diadakan selamat 4 hari iaitu 8-11 Jun. Saya mendapat giliran pembentangan sesi pertama pukul 8 pagi. Agak pening-pening juga dek kerana jet lag. Alhamdulillah kesemua rakan-rakan dari UiTM selamat membentang research masing-masing dengan jayanya, dan juga berjaya menghadapi serangan hebat soalan-soalan dari pakar-pakar luar negara yang lain.

Me, presenting my research

Dr. Roy, presenting her research

PM Dr Jamil & Zaidi di Charles Bridge

Di Charles Bridge ketika mengikuti rombongan Clute Institute ke Charles University, Praha 1




Thursday, June 4, 2009

Prague Conference, 8-11 June 2009

My turn, the first session Monday morning (with Prof. Pau)

Zaidi will be presenting on the second day

Insya-allah our flight to Prague Czech Republic will depart on Monday, 11.55 pm, 6th June 2009. We will arrive at Amsterdam Schipol Airport at 6.55 am, 7th June 2009 and depart to Prague using KLM at 9.30am from Amsterdam. Conference registration will be on 7th June 2009 (5.00 pm - 7.00 pm) at Diplomat Hotel Prague. This year we are presenting 2 research papers in the area of IT Management.

Congratulations to my genius brother & lovely sister

Congratulations to Teh E for the Telekom Scholarships Award to pursue his 2nd Master Degree (MBA) at Warwick Business School. From Telecommunication Engineering to MBA... what a multi-dimensional experiences. Wish u all the best (jgn lupa nak kena challenge Auntie Na... he..he... CGPA 4 flat)


Congratulations to Auntie Na too for her high achievement (3.89) in the journey of getting her Master of Engineering (Mechanical). You have proved it for 2 semesters....another one semester to go, wish u the best of luck.