Saturday, April 4, 2009

Geneva Invention 2009 - Gold Medal with Merit


Alhamdulillah, penyertaan produk kami di Geneva Invention 2009 membuahkan kejayaan yang terbaik setakat ini iaitu "Gold with Merit". Malah persediaan untuk kali ini juga antara yang terbaik kerana beberapa hari sebelum Zaidi ke Geneva, pendaftaran harta intelek untuk produk TECHPROVED MODEL telah berjaya. Malah kali ini, segala ISI & SCOPUS listed journals serta buku-buku yang diterbitkan turut dibawa bersama ke Geneva. Beberapa minggu sebelum produk dipertandingkan, tawaran perundingan juga diperolehi melalui pihak MITRANS. Tambahan pula, satu sistem "Performance Analyzer" telah dibangunkan untuk tujuan penambahbaikan produk. Tahniah kepada kontingen UiTM yang berjaya meraih 3 Gold, 3 Silver dan 5 Bronze.

No comments: