Monday, April 27, 2009

My next destination - Prague, Chez. Republic

Diplomat Hotel, Prague

Prague City

Insya-Allah, destinasi conference pilihan saya dan zaidi tahun ini adalah di prague, chez. republic pada 8-11 June 2009. Conference tersebut adalah conference yang sama seperti tahun lepas iaitu anjuran Clute Institute of Academic Research. Kami memilih untuk mengikuti conference yang sama (cuma berlainan tempat), selaras dengan saranan Prof. Dr. Mustafa (TNC akademik) supaya membina jaringan yang kukuh dengan Profesor luar yang turut serta. Kertas penyelidikan yang saya bentangkan pada conference pada tahun lepas telahpun diterbitkan dalam IMCS, SCOPUS listed journal bagi penerbitan tahun 2009. Kami juga bercadang untuk mencari satu lagi conference pada hujung tahun menggunakan wang hadiah "penyelidik contoh" dan "penyelidik harapan" yang diterima daripada RMI UiTM. Thanks to pihak pengurusan tertinggi UiTM kerana menghargai kejayaan penyelidik muda seperti kami. Semoga ramai lagi penyelidik muda UiTM mendapat kejayaan cemerlang dan merealisasikan hasrat UiTM untuk mendapat title "Research University"

Friday, April 24, 2009

Nuremberg


Nuremberg adalah tempat persinggahan kami ketika perjalanan dari Frankfurt ke Rothenburg. Perjalanan menaiki kapal terbang dari Frankfurt ke Nuremberg hanya mengambil masa 45 minit. Manakala dari Nuremberg ke Rothenburg, 4 kali naik turun train. Alhamdulillah, ianya tidak begitu sukar kerana ramai rakyat germany yang rajin membantu walaupun adakalanya mereka tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Bandar Nuremberg agak klasik dengan binaan lama yang sungguh berseni. Jika tiada aral, insya-allah tahun ini zaidi akan ke Nuremberg lagi sebagai ketua delegasi pertandingan penyelidikan. Jika ada rezeki saya memenangi pingat di peringkat kebangsaan, bolehlah turut serta ke sana.

Wednesday, April 15, 2009

Kursus Laman Blog

Hari ini diadakan kursus laman blog untuk rakan-rakan pentadbir di Fakulti. Antara blog menarik adalah blog Pengarah ARI yang boleh dilawati di http://director-ari.blogspot.com

Kursus pada hari ini hanya menerangkan perkara asas membina laman blog. Mungkin sesi kedua kursus boleh diadakan untuk mempelajari gadgets dan advanced level

Thursday, April 9, 2009

Press Conference - 9 April 2009

Pemenang bersama pingat dan medal

Para pemenang

Prof. Kamal selaku pengerusi sidang akhbar tersebut

Sidang akhbar berkaitan kemenangan di Geneva telah diadakan pada Rabu, 9 April 2009 di bilik sidang, bangunan canseleri UiTM. Majlis turut dihadiri oleh TNC & dua orang PNC. Lima orang wartawan hadir dalam sidang akhbar tersebut. Ianya berakhir sekitar pukul 12 tengah hari.

Saturday, April 4, 2009

Geneva Invention 2009 - Gold Medal with Merit


Alhamdulillah, penyertaan produk kami di Geneva Invention 2009 membuahkan kejayaan yang terbaik setakat ini iaitu "Gold with Merit". Malah persediaan untuk kali ini juga antara yang terbaik kerana beberapa hari sebelum Zaidi ke Geneva, pendaftaran harta intelek untuk produk TECHPROVED MODEL telah berjaya. Malah kali ini, segala ISI & SCOPUS listed journals serta buku-buku yang diterbitkan turut dibawa bersama ke Geneva. Beberapa minggu sebelum produk dipertandingkan, tawaran perundingan juga diperolehi melalui pihak MITRANS. Tambahan pula, satu sistem "Performance Analyzer" telah dibangunkan untuk tujuan penambahbaikan produk. Tahniah kepada kontingen UiTM yang berjaya meraih 3 Gold, 3 Silver dan 5 Bronze.

Wednesday, April 1, 2009

"Promising Researcher Award" CSSR 2009


"Cowboy" Dato' VC menyampaikan hadiah

Setakat ini, alhamdulillah CSSR telah menganugerahkan saya dan Zaidi 3 awards:

CSSR 2009 - Anugerah Penyelidik Harapan UiTM (Geran RM3,000 - Intan)
CSSR 2007 - Anugerah Penyelidik Contoh UiTM (Geran RM5,000 - Zaidi)
CSSR 2005 - Anugerah "Potentential to Commercialize" (Penyelidikan Computer-based System and Security Controls Over Accounting Information - Intan & Zaidi)