Tuesday, March 31, 2009

AWAS!! Palang Smart Tag Patah...


Kejadian ini berlaku ketika adik-adik pulang beraya (raya haji yang lepas). Ketika melalui lorong smart tag, tak semena-mena palang smart tag tersebut jatuh terkulai. Nasib baik sempat tekan brek. Moral of the story, "Berbaloikah kita membayar harga tol yang mahal sedangkan nyawa kita tidak diendahkan???"

Thursday, March 26, 2009

Happy Birthday to Me & Abah

The cake

The card & pre-hadiah
My birthday kebetulan sama dengan birthday abah. So every year, both of us saling mengucapkan "Happy Birthday". TQ to all friends & my siblings for the birthday wishes. Special thanks to my dearest hubby for the cake, card & pre-hadiah (he..he..he.. waiting for the real hadiah from Switzerland...)

Saturday, March 21, 2009

Cowboy Malaya Ber "conference"



CSSR 2009 mencipta kelainan. Tema ala-ala cowboy & red indian sungguh mengujakan para peserta. Ditambah pula dengan kehadiran Dato' Seri VC (dapat anugerah cowboy paling macho) dan juga Datin Seri (dengan pakaian ala-ala red indian) menaiki kereta kuda dan disambut dengan gajah dan pertunjukkan api menjadikan suasana "wild and west" sungguh real. My "cowboy" pun turut serta memeriahkan suasana. [Forthcoming, my photo dapat anugerah "penyelidik harapan" daripada cowboy paling macho, Dato' Seri VC]

Thursday, March 5, 2009

Perjumpaan Keluarga BinNawawi

Perjumpaan keluarga BinNawawi telah berlangsung di Dewan Majlis Pembandaran Taiping, Kg. Jambu, berhampiran dengan Masjid Taiping. Majlis diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Kali ini keluarga saya menjadi penganjur. AJK dilantik ketika mama & Abah datang berpuasa bulan Ramadhan di Shah Alam. My part, jadi ajk hadiah, door gifts dan juga pendaftaran. Penat juga nak cari hadiah utk pelbagai kategori. Majlis bermula pukul 9.00 pagi (ada hadiah tetamu paling awal sampai). Kemudiannya diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran, sesi taaruf, cabutan bertuah, aktiviti kanak-kanak dan dewasa. Sungguh meriah terutamanya aktiviti kanak-kanak, kumpul tandatangan dan kuiz salasilah keluarga.

Meja pendaftaran paling sibuk

Ole-ole untuk orang dewasa..

Ole-ole untuk kanak-kanak

Untuk kanak-kanak juga...

Ucapan super senior

AJK ICT sungguh sibuk dgn Multimedia presentation

Sebahagian yang hadir

Cepat.... kita kena menang ni....

Aktiviti kumpul tandatangan

Makan time

Ada jet landing kat sini...

Pemenang pertandingan jet paling jauh

Peserta paling awal sampai

Keluarga Mak Ndak Hannah bergambar kenangan