Tuesday, February 24, 2009

Apa yang menarik bila menjadi reviewer???


Sijil yang diterima setelah menjadi reviewer 3 kertas penyelidikan antarabangsa untuk Conference di Macon, Georgia,USA

Saya dan Zaidi memulakan aktiviti menjadi reviewer sejak akhir tahun 2008. Ini adalah hasil yang diperolehi apabila banyak penulisan di terbitkan dalam Flagship Journals. Nama menjadi sedikit popular dalam sesuatu bidang (yang lebih kepada IT Management) dan banyak invitation yang diterima untuk menjadi reviewer peringkat antarabangsa. Apa yang menarik apabila menjadi reviewer??? Tak dapat apa-apa bayaran pun... dan menambahkan kerja yang ada.... namun bagi saya, ia adalah satu penghormatan akademik yang sungguh memberi makna dalam karier sebagai pensyarah universiti. Matlamat utama adalah membawa nama universiti ke peringkat antarabangsa dan yang lebih menggembirakan, mendapat tips-tips berguna berkaitan guidelines penerbitan dalam jurnal-jurnal terkemuka. Maklumat-maklumat ini dapat membantu diri sendiri dan rakan-rakan untuk menerbitkan artikel pada masa hadapan. To all readers.... jom ramai-ramai mendengar perkongsian ilmu (publishing articles in impact factor journals) yang akan kami adakan pada Jumaat 27 February 2009, Jam 2.30 petamg di Tingkat 12, Accounting Research Institute.

1 comment:

Syah said...

salam.

tak buat kat sini ke? meh la sekali temankan Prof Ibrahim yg nak mai sini nanti...