Friday, January 30, 2009

Mini Europe - London



Antara yang menarik perhatian di Mini Europe Brussels adalah replika bangunan "British Houses of Parliament". Ianya juga dikenali sebagai "Westminster Palace". Di sini juga letaknya "Big Ben" dan "Victoria Tower".

Sunday, January 25, 2009

Pingat ke 26, 27 & 28


IID 2008, 3 produk dipertandingkan. Hasilnya, 1 Gold & 2 Silver. Tahun ni tak banyak produk macam tahun lepas. Penat & sibuk dengan pendaftaran pelajar. Almaklumlah, anak-anak seramai 1700 orang sibuk nak add drop subjek dan bertukar-tukar kelas. Sibuk yang teramat, IID kali ni saya lupa nak bawa kamera, so takdelah gambar. Isya-Allah produk gold akan dipertandingkan di Geneva Switzerland pada bulan April nanti. Kembali mengimbau kenangan ke Geneva & pertama kali menyertai pertandingan peringkat Antarabangsa pada 2006, kali ini insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk mencapai kejayaan seperti di Belgium 2 bulan yang lepas.

Saturday, January 17, 2009

Hakim Muda IID 2009


IID 2008 & 2009, bukan kami sahaja yang sibuk, malah my bro. & sis. pun sibuk jadi panel hakim mewakili pihak industri. Mereka antara hakim-hakim muda yang terpilih untuk mewakili organisasi masing-masing. Syabas!!

Thursday, January 1, 2009

Family Gathering at Avillion Admiral Cove PD

Kebetulan mama dan abah datang ke Shah Alam, family gathering diadakan di Avillion Admiral Cove Port Dickson. 6 bilik telah ditempah untuk keseluruhan ahli keluarga seramai 16 orang (termasuk 5 orang kanak-kanak). Sudah 2 tahun kami tidak ke PD gara-gara tsunami yang melanda Malaysia 2 tahun yang lalu. Manakan tidak, pada hari tsunami melanda iaitu kira-kira pukul 1 pm, saya dan keluarga berada di pantai Glory beach resort PD menikmati keindahan lautan. Cuma yang pelik ketika itu, air laut begitu kotor, dan begitu surut sekali. Alhamdulillah, tiada kejadian buruk yang berlaku di pantai PD ketika tsunami melanda.

Mama, Abah dan Abang Cik di hadapan

Diikuti oleh Mak Jang & Pak Jang (tapi Teh E & Ayah De yang sampai dulu kerana memecut.. manakala yang lain-lain bertolak lambat sedikit kerana singgah di Jusco)

The Hotel

The room

Sunset dari balkoni bilik mama & abah

Menanti Ayah Cik, Teh E dan Ayah De untuk pergi dinner

Dinner @ Teluk Kemang

Wan dan cucu-cucunya...

Kanak-kanak ceria...

Breakfast time...

Farah yang menangis di kolam kanak-kanak kerana nak turut serta dengan Ayah Cu, Kak Long dan Nani di kolam dewasa

Ayah Cu menjadi Lifeguard Farah dibantu oleh Kak long dan Nani yang dah khatam kursus renang

Nureen memegang bunga kecil yang dijumpai di dalam pool. Bunga tersebut di jaga dengan rapi dan nureen mengamuk besar menyuruh abahnya mencari kelopak bunga tersebut yang jatuh ke dalam air. Ingatkan nak buat apa??? Rupa-rupanya.. bunga tersebut diberikan khas kepada Pak Jang..... (memang taksub betul dengan pak jang!!!)

Ada orang tak nak balik sebab nak mandi lagi...