Friday, December 12, 2008

Balik Kampung....

Bestnye dapat balik...

Tahun ini kami berdua menyambut aidil adha di Shah Alam. Plan nak balik kampung terpaksa di tunda kerana Zaidi ada urusan di RMI. Cadangnya lepas raya, terus singgah bercuti di Cameron, nampaknya terpaksa ditunda tarikh tempahan hotel. Selasa petang lepas kerja kami ke Melaka. Zaidi ada roadshow RMI di UiTM Melaka. Saya ikut juga akhirnya.... (setelah di pujuk berkali-kali oleh my hubby). Selalunya saya tak minat nak ikut serta. Tak nak ganggu urusan kerja zaidi. Kata Zaidi kali ini kawasan sekitar rumah agak sunyi kerana jiran-jiran balik kampung, dan hanya saya seorang tinggal di rumah. So at last saya pun ambillah cuti sehari dua. Kami menginap di Renaissance Melaka selama 2 malam. Esok petang insya-allah balik kampung menggantikan cuti raya.

No comments: