Sunday, November 2, 2008

KLIA - Amsterdam - Brussels


Team UiTM ke Brussels akan bertolak dari KLIA pada 10 November 2008. Insya-allah, akan transit di Amsterdam. Pada mulanya, diberitahu mungkin transit di Frankfurt. Terdetik di hati saya ahh... tak bestnye.. baru je ke Frankfurt, leceh betul coz kastam Frankfurt banyak songel kalau bawa laptop, siap nak kena masuk bilik khas. Tambahan pula airport masih dalam renovation, tak banyak yang menarik. Baru-baru ini, diberitahu pula bahawa flight akan transit di Amsterdam. Wah.. bestnyer mengingatkan airportnya yang saujana mata memandang... tak nampak hujung pangkal. Tambahan pula, ketika di Amsterdam pada tahun 2006, rasa macam banyak jer barang yang tak sempat nak beli (magnet peti ais pun tak beli). Nampaknya kali ni dah boleh berkira-kira nak beli apa (yang pastinya, nak cari lagi satu wooden clog). Teringat pula bunga tulip (hiasan) yang Dr. Hamidah beli dulu.... macam teringin juga nak beli macam tu.. hmmm.. apa pun, kena kira-kira baki dalam kocek dek kerana Euro...

No comments: