Sunday, November 23, 2008

Brussels Day 6 - Part 2 (Nak balik dah....)

Brussels Airport

Naik KLM Cityhopper (2 kipas jer..). This time kena duduk kat sayap, ngeri juga tengok tayar flight. Inilah kapal terbang paling kecil yang pernah saya naik. Nak letak hand lugage pun tak muat, kena masuk kargo.
Dah sampai Amsterdam... (sempat shopping sakan)

Kami bertolak dari Brussels ke Amsterdam pukul 3.45 petang. Jika ketika sampai dahulu, perjalanan menaiki teksi dari airport ke hotel (15 minit) dikenakan bayaran Euro 36, kali ini agak mahal, Euro 48.50 (senang-senang je mat saleh tu round up kan jadi Euro 50). Orang Belgium ni yang tak bestnye tak berapa friendly dan asyik nak cekik darah pelancong je. Kalau beli barang, susah nak dapat diskaun tak seperti warga German yang ramah tamah (walaupun kurang fasih berbahasa Inggeris) dan mereka juga amat pemurah dalam hal ehwal memberi diskaun (ada defect sikit pun dapat diskaun, lepas tu dapat tax rebate lagi..). Penerbangan seterusnya dari Amsterdam ke KLIA adalah pukul 8.45 malam (tapi pukul 9.30 baru berlepas).

Seterusnya, destinasi kontigen UiTM dalam pertandingan inovasi sebagai penutup tahun ini adalah ke Korea Selatan. Fakulti perakaunan akan diwakili oleh 2 orang iaitu Dr. Rozainun & Dr. Norazam. Semoga mereka juga turut berjaya, Insya-Allah.

No comments: