Thursday, November 13, 2008

Brussels - Day 2 (Part 1)

Hari kedua di Brussels sepatutnya pagi-pagi lagi kami kena pergi Expo Hall untuk setup booth. Tah macam mana, musim sejuk ni orang Belgium malas bangun pagi dan Expo hall hanya akan di buka selepas pukul 2 petang. So, ada yang nak ke city centre untuk shopping awal-awal pagi. Tapi saya dan zaidi suka lepak kat bilik dulu melepaskan penat naik flight, makan maggi & sandwich tuna lepas tu baru keluar (Kawan-kawan semuanya bangun pukul 2 - 3 pagi sebab jet lag). Lagipun cuaca terlalu sejuk sampai rasa macam jari jemari dah nak beku. Muka dan tangan pun dah jadi merah. Lebih kurang pukul sepuluh lebih, kami keluar mengintai Expo hall.. memang tak buka lagi. Lepas tu jalan lebih kurang 300 meter dari hotel, jumpa Brupark & Atomium, kawasan pelancongan terkenal Brussels. Dengan tiket Euro 12.40 per person, kami masuk ke Brupark untuk melihat Mini Europe dan Atomium.

Jumpa pokok cantik dekat dengan Expo Hall

Pintu masuk Brupark @ Mini Europe

Jumpa kucing gemuk dalam kemalasan...

Restoran kat entrance Brupark ni pun tak buka lagi (tak macam Malaysia, restoran mamak 24 jam)

Dah sampai ke pintu masuk Mini Euro

Sempat bergambar dgn Atomium

No comments: