Thursday, November 13, 2008

Brussels - Day 1

Kami tiba di Brussels airport sekitar 7.50 pagi. Dengan menaiki teksi, kami ke Holiday Inn Garden Court Brussels Expo. Seawal 9.00 pagi saya telah mendapat bilik. Namun masih ada 4 orang yang belum boleh check-in kerana tiada bilik kosong. Kami berpakat, tinggalkan barang dalam bilik kawan-kawan, lepas tu boleh keluar. Maka semua pun bersetuju. Group Datin, saya, zaidi dan Ir. Loo menghala ke pusat bandar menaiki subway dari hentian Heysel manakala satu lagi group dah pun menghilang (group orang bujang - temporary). Agak mudah kerana Datin fasih berbahasa perancis. Kebetulan pula, dalam subway Datin duduk bersama warga tua Brussels yang kebetulan nak ke pusat bandar. Maka jadilah makcik tu sebagai pemandu pelancong.

Di hadapan hotel

Makcik ni pun nak shopping barang dapur kat ANSPACH

Kami pun tumpang sekaki shoping apa-apa yang patut kat ANSPACH

Lepas tu shopping kat kedai coklat pulak.... rambang mata... nasib baik datin pandai bahasa Perancis dan juga pakar pemakanan (HOT-CAT), senang nak cari coklat halal.

Lepas shopping coklat, singgah kat grand place (ala-ala romer kat Frankfurt). Memang cantik dan senibinanya lebih halus jika dibandingkan dengan Romer & Markplatz kat Rothenburg.

Penat bergambar, kami singgah makan kat restoran Muslim Morocco. Dapat makan Donor kebab dan Fries (teringat pulak makan benda yang sama dengan Jen & Zaidi di Frankfurt Am Main 5 bulan yang lepas. Rasanya pun sama).

Lepas makan, kami balik ke hotel naik subway. Tah macam mana, tengah sibuk bersembang, Ir. Loo berkata "ehhh... this is our stop". Kami pun bergegas turun (tapi hati saya berkata... tak macam Heysel pun..). Rupa-rupanya, kami turun kat Simonis... salah lah tu... ermmm naik balik subway utk ke Heysel.

No comments: