Friday, October 17, 2008

Congratulations... Intan Shazwani


Intan Shazwani adalah anak saudara saya yang ketiga yang kini menuntut dalam darjah 3. Nani agak pelik, pemikirannya terlalu matang serta mempunyai emosi yang tinggi. Beliau seorang yang terlebih cerdik hingga menyebabkan sukar menyesuaikan diri dengan guru-guru dan rakan sekolah. Hobinya membaca ensiklopedia dan buku-buku sains, tetapi masalah Nani adalah sama seperti Albert Einstein iaitu penghidap dyslexia. Walaupun terlebih cerdik, Nani sukar mendapat tempat teratas dalam peperiksaan sekolah kerana seringkali tertukar huruf b-d, p-q malah jika 5 + 5 = 10, nani akan menulis jawapannya sebagai 01. Kadangkala tulisannya juga terbalik. Sekolah di Malaysia mungkin kurang sesuai untuk pelajar seperti Nani. Mungkin itu juga yang menyebabkan dia suka bersendirian di sekolah.
Dua bulan yang lepas saya cuba memberi sedikit motivasi kepada Nani. Saya berkata" kalau ada apa-apa pertandingan di sekolah, Nani masuklah... nanti Mak Jang tolong Nani". Tidak pula saya sangka kata-kata itu cukup memotivasikan Nani. Tanpa pengetahuan ibunya (yang turut mengajar disekolah tersebut), Nani telah mendaftarkan nama untuk pertandingan bercerita. Cikgu agak keberatan untuk memberi peluang namun atas desakan Nani yang bersungguh-sungguh, dia dibenarkan menyertai pertandingan bercerita sempena hari kanak-kanak. Di suatu pagi, saya menerima sms daripada nani yang berbunyi "Mak Jang, Nani masuk pertandingan bercerita. Boleh tak Mak Jang tolong Nani?" Saya pun teringatkan cerita di zaman sekolah yang pernah memberikan saya hadiah Johan Bercerita iaitu "Kisah isteri nelayan yang tamak". Siap mengarang, saya ke rumah nani untuk mengajarnya teknik bercerita. Tak sangka, Nani telah berjaya mendapat Naib Johan bercerita sempena hari kanak-kanak. Ramai guru-guru yang terkejut dan rasa menyesal kerana tak pernah memberi peluang kepada nani. Yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya bukan sahaja pertandingan bercerita, malah dia juga memberanikan diri mendaftarkan nama untuk pertandingan kuiz matematik (congak agaknya, kalau kuiz menulis, sah semua jawapan terbalik) dan berjaya menjadi Johan. Hasilnya, dengan hanya sedikit motivasi, Nani kini telah diserap dalam pasukan khas untuk dilatih mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita tahun hadapan. Congrats to Nani...
"Albert Einstein, Thomas Edison, Auguste Rodin, George Patton, and Woodrow Wilson were apparently dyslexic. Dyslexia is therefore considered as a sign of genius. Is this true, or is there perhaps another side to the dyslexia coin that is overlooked?" Read more...

1 comment:

Kak Wani said...

Assalamualaikum Wani,

My name is Salwani. I haven't read your whole blog. I just read about Nani. I also have a son who is autism. He is bright but he is autism.

I was looking for.. who else on the cyber having the same name. Please visit my site http://www.geocities.com/salwani_ali/ or my not so active blog http://pabiyen.blogspot.com/