Wednesday, October 29, 2008

Another paper accepted for publication


Manuscript ID: IMCS-10-2008-0045
Article Title: "E-commerce usage and business performance in the Malaysian tourism sector: Empirical analysis"
Journal: Information Management and Computer Security (IMCS)
ISSN: 0968-5227

Friday, October 17, 2008

Congratulations... Intan Shazwani


Intan Shazwani adalah anak saudara saya yang ketiga yang kini menuntut dalam darjah 3. Nani agak pelik, pemikirannya terlalu matang serta mempunyai emosi yang tinggi. Beliau seorang yang terlebih cerdik hingga menyebabkan sukar menyesuaikan diri dengan guru-guru dan rakan sekolah. Hobinya membaca ensiklopedia dan buku-buku sains, tetapi masalah Nani adalah sama seperti Albert Einstein iaitu penghidap dyslexia. Walaupun terlebih cerdik, Nani sukar mendapat tempat teratas dalam peperiksaan sekolah kerana seringkali tertukar huruf b-d, p-q malah jika 5 + 5 = 10, nani akan menulis jawapannya sebagai 01. Kadangkala tulisannya juga terbalik. Sekolah di Malaysia mungkin kurang sesuai untuk pelajar seperti Nani. Mungkin itu juga yang menyebabkan dia suka bersendirian di sekolah.
Dua bulan yang lepas saya cuba memberi sedikit motivasi kepada Nani. Saya berkata" kalau ada apa-apa pertandingan di sekolah, Nani masuklah... nanti Mak Jang tolong Nani". Tidak pula saya sangka kata-kata itu cukup memotivasikan Nani. Tanpa pengetahuan ibunya (yang turut mengajar disekolah tersebut), Nani telah mendaftarkan nama untuk pertandingan bercerita. Cikgu agak keberatan untuk memberi peluang namun atas desakan Nani yang bersungguh-sungguh, dia dibenarkan menyertai pertandingan bercerita sempena hari kanak-kanak. Di suatu pagi, saya menerima sms daripada nani yang berbunyi "Mak Jang, Nani masuk pertandingan bercerita. Boleh tak Mak Jang tolong Nani?" Saya pun teringatkan cerita di zaman sekolah yang pernah memberikan saya hadiah Johan Bercerita iaitu "Kisah isteri nelayan yang tamak". Siap mengarang, saya ke rumah nani untuk mengajarnya teknik bercerita. Tak sangka, Nani telah berjaya mendapat Naib Johan bercerita sempena hari kanak-kanak. Ramai guru-guru yang terkejut dan rasa menyesal kerana tak pernah memberi peluang kepada nani. Yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya bukan sahaja pertandingan bercerita, malah dia juga memberanikan diri mendaftarkan nama untuk pertandingan kuiz matematik (congak agaknya, kalau kuiz menulis, sah semua jawapan terbalik) dan berjaya menjadi Johan. Hasilnya, dengan hanya sedikit motivasi, Nani kini telah diserap dalam pasukan khas untuk dilatih mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita tahun hadapan. Congrats to Nani...
"Albert Einstein, Thomas Edison, Auguste Rodin, George Patton, and Woodrow Wilson were apparently dyslexic. Dyslexia is therefore considered as a sign of genius. Is this true, or is there perhaps another side to the dyslexia coin that is overlooked?" Read more...

Thursday, October 9, 2008

Aidilfitri 2008 - Part 2


Apa yang menarik??
1. Nureen nangis kerana ingatkan studio gambar itu adalah bilik Dr. (he..he.. ada bad experience dgn Dr.)
2. Berkali-kali tokeh kedai tu pusing kepala syafiq, at last syafiq dengan gayanya tersendiri
3. Baju pak jang & mak jang tak match langsung dek kerana jalan jam... tak sempat nak balik rumah tukar baju, so pak jang pinjam baju abah dia (macam sarung nangka pun ada...)
4. Luqman juga yang comel.... he..he..

Sunday, October 5, 2008

Sambutan Aidilfitri 2008 - Part 1

Abah menanti anak-anak

Mimi tolong ayah De..

Mama beraya dengan abah

Eh... mama pun dapat duit raya ker???

My turn...

Giliran cucu-cucu dapat duit raya drp. Wan dan Mak Pah

Seronoknya jadi adik bongsu... dapat banyak duit raya...

Mi, Abg. Cik, Mama, Me, Abah, Jen

E, Me, Mama, Abah, Zaidi, Abg. Cik

Sambutan Aidilfitri 2008, hari raya pertama di Taiping, 7 orang adik beradik berkumpul (kecuali abang Ju yang pulang ke Alor Setar). Agak meriah, bersarapan dan pergi ke Masjid untuk solat hari raya. Abah dan Zaidi ke "Masjid lama" (masjid warisan) di bandar taiping kerana abah adalah pengerusi masjid. Manakala Mama dan anak-anak yang lain hanya bersolat di Masjid yang terletak hanya beberapa meter dengan rumah. Pulang dari masjid, aktiviti rutin (bersalaman dan bergambar) diadakan seperti biasa.