Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan & Keluarga....

Ramadhan 2007

Aunty Na dan Kanak-Kanak...


Ramadhan sudah 1/3 berlalu. Rata-rata pelajar nampak agak mengantuk di kelas terutamanya tika kelas petang. Tambahan pula, musim presentation PBL, ramai yang memohon untuk menangguhkan presentation lantaran penat dan kesuntukan masa untuk berdiscuss.

Berbuka pula, hari pertama puasa memang semangat memasak begitu tinggi, sebabnya hari cuti.. Masuk hari kedua, ketiga dan seterusnya.... dah pening kepala, kat mana nak beli juadah berbuka. Nak balik masak memang tak sempat. Selera makan pula makin lama makin berkurangan. Kebiasaannya bulan ramadhan, mama & abah akan datang ke Shah Alam. Melawat rumah anak satu per satu, terutamanya anak-anak bujang. Dengan alasan, nak tolong masak sahur untuk anak-anak bujang.... Maka ramai-ramai akan berkumpul untuk berbuka bersama-sama. Dua hari lepas mama kata nak datang...... ramai yang sedang menanti. Terbayang makanan istimewa "cucur udang kuah kacang" yang menjadi kesukaan ramai, malah mengalahkan masakan hotel...

No comments: