Wednesday, September 17, 2008

1st meeting - Brussels Innova 2008


Meeting pertama telah berlangsung pada 16 September. Pengisian borang-borang dan penetapan tarikh berlepas dan pulang adalah perkara rutin. Prof. turut serta memberi taklimat, motivasi, tips-tips dan juga sedikit perkongsian pengalaman beliau di Brussels. Rata-rata yang pergi kali ini adalah muka-muka baru dalam bidang invention competition. Kali ini, Zaidi menjadi ketua delegasi, dan juga turut bertanding. Saya pula sebagai bendahari, (nak kena kutip duit beli tiket subway & bayaran teksi). Hmm... perkara rutin yang kerap saya lakukan ketika ke luar negara. Terima kasih Prof., kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada kami.


Tarikh telah ditetapkan. Berlepas dari KLIA 10 November, dan dijangka bertolak balik pada 16 November. Penginapan juga telah ditentukan iaitu di Holiday Inn Garden Court, hanya 3 minit perjalanan ke dewan expo. Masih banyak yang perlu dilakukan. New product interface dan juga product packaging. Hmmm... sibuknya...

2 comments: