Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri saya.

Tuesday, September 23, 2008

Chess...





Antara souvenirs yang terkenal di Rothenburg adalah Chess. Macam-macam bentuk chess ada di sana. Kebetulan bermain chess adalah hobi adik bongsu, maka banyaklah gambar chess yang diambil. Cuma tak sanggup nak beli lantaran ianya adalah patung - patung kecil (umpama berhala...)

Wednesday, September 17, 2008

1st meeting - Brussels Innova 2008


Meeting pertama telah berlangsung pada 16 September. Pengisian borang-borang dan penetapan tarikh berlepas dan pulang adalah perkara rutin. Prof. turut serta memberi taklimat, motivasi, tips-tips dan juga sedikit perkongsian pengalaman beliau di Brussels. Rata-rata yang pergi kali ini adalah muka-muka baru dalam bidang invention competition. Kali ini, Zaidi menjadi ketua delegasi, dan juga turut bertanding. Saya pula sebagai bendahari, (nak kena kutip duit beli tiket subway & bayaran teksi). Hmm... perkara rutin yang kerap saya lakukan ketika ke luar negara. Terima kasih Prof., kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada kami.


Tarikh telah ditetapkan. Berlepas dari KLIA 10 November, dan dijangka bertolak balik pada 16 November. Penginapan juga telah ditentukan iaitu di Holiday Inn Garden Court, hanya 3 minit perjalanan ke dewan expo. Masih banyak yang perlu dilakukan. New product interface dan juga product packaging. Hmmm... sibuknya...

Congrats....Congrats...& Congrats!!!!!

With his Grand Award


Congratulations (3x) to my hubby for winning Grand Award BIID 2008, Best Category Award (IT Management), and Gold Medal Award. Next year, disqualified... tak boleh masuk dah.... kena bagi peluang kat orang lain pulak.....

Saturday, September 13, 2008

My Book @ National Library of Australia

Congratulations to all co-authors. We made it!! And congratulations to UPENA, UiTM too....

The BOOK..(click here)

ps** Any comments from Dr. MAN @ Dr. Zakaria??

Thursday, September 11, 2008

Pre-PHD Proposal (P-Cubed Paper)






Semester 1 pengajian PhD di MMU agak pelik sedikit. Jika di Universiti lain, pelajar akan mengambil subjek research methodology dan sibuk menyiapkan proposal, kami di MMU sibuk dengan kelas "Problem Formation and Formulation", dan sibuk menyiapkan Pre-PhD Proposal (P-cubed paper). Di akhir semester, setelah lulus presentation P-cubed paper, barulah bermula proses penyediaan proposal.

Apa agaknya P-cubed paper?? Sejauh manakah signifikannya P-cubed paper?? Menurut apa yang diajar oleh Prof. Emeritus George K. Chacko, P-cubed paper is the heart of PhD thesis. Dari sinilah saya dapat membezakan apa itu problem dan non-problem and how to formulate a problem. Kebanyakkan ilmu yang dicurahkan oleh Prof. Chacko adalah ilmu-ilmu dari Universiti terkemuka dunia seperti Harvard dan Princeton. Melihatkan bukunya sahaja sudah pening. Bak kata alim ulamak, nak belajar agama kena berguru. Samalah juga dengan buku Prof. Chacko, kena berguru dengan beliau barulah faham isi kandungan buku Problem Formation & Formulation. Problem umpamanya adalah "Application of RULE(S) to RELATIONSHIP(S) to get RESULTS, fulfilling REQUIREMENTS and RESTRICTIONS of the REFERENTS". Jika tak cukup satu kriteria, ianya bukanlah problem, dan thesis yang anda hasilkan bukanlah bertaraf PhD.

Di akhir semester, semua pelajar kena ambil exam (wajib lulus) dan kena present. Panel tetap presentation untuk subjek ini adalah Datuk Ibrahim Al-Bajunid dan beberapa orang pakar dari UPM. Setelah lulus kesemuanya dan dapat sijil, barulah boleh start dengan PhD proposal.

Daripada subjek inilah juga saya mempelajari mengapakah dalam PhD thesis, hypothesis must be stated as Null Hypothesis. Ini adalah kerana:

"There is no proof in statistics, only disproof". The reason is that the relative frequency concept of probability says that p = 0.5 for a Head in a coin toss implies that p -> (tends toward) 0.5 as n, the number of coin tosses, tends toward infinity. Since infinity begins where finitude ends, the biggest number that we can imagine will still be finite because whatever be the number, we can add +1 to it and the number is still finite. To arrive at a DISPROOF, we have to reject a Null Hypothesis (Null Hypothesis: a statement that something is equal to zero)

Tamsilan yang mudah adalah dengan melihat konsep matahari terbit (sunrise). We cannot proof that the sun will rise tomorrow but we can disproof that there will be no sunrise tomorrow.
That is why when testing hypothesis, we cannot accept the hypothesis but we can either reject or do not reject.

To be continued.......

Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan & Keluarga....

Ramadhan 2007

Aunty Na dan Kanak-Kanak...


Ramadhan sudah 1/3 berlalu. Rata-rata pelajar nampak agak mengantuk di kelas terutamanya tika kelas petang. Tambahan pula, musim presentation PBL, ramai yang memohon untuk menangguhkan presentation lantaran penat dan kesuntukan masa untuk berdiscuss.

Berbuka pula, hari pertama puasa memang semangat memasak begitu tinggi, sebabnya hari cuti.. Masuk hari kedua, ketiga dan seterusnya.... dah pening kepala, kat mana nak beli juadah berbuka. Nak balik masak memang tak sempat. Selera makan pula makin lama makin berkurangan. Kebiasaannya bulan ramadhan, mama & abah akan datang ke Shah Alam. Melawat rumah anak satu per satu, terutamanya anak-anak bujang. Dengan alasan, nak tolong masak sahur untuk anak-anak bujang.... Maka ramai-ramai akan berkumpul untuk berbuka bersama-sama. Dua hari lepas mama kata nak datang...... ramai yang sedang menanti. Terbayang makanan istimewa "cucur udang kuah kacang" yang menjadi kesukaan ramai, malah mengalahkan masakan hotel...

Sunday, September 7, 2008

RAGUT...

Pagi Jumaat, ketika saya baru nak keluar ke majlis Tazkirah Ramadhan Fakulti, seorang abang ingin berjumpa berkenaan hal adiknya. Beliau memberitahu, adiknya iaitu seorang pelajar dibawah seliaan saya berada dalam keadaan trauma dan tidak dapat meneruskan pengajian pada semester ini. Pelajar tersebut telah menjadi mangsa ragut dan mengalami kecederaan yang agak parah. Kes tersebut berlaku di jalan berhadapan UiTM. Katanya, adik beliau sedang menaiki motosikal dan tiba-tiba dihampiri oleh sebuah motosikal yang cuba meragut beg adik beliau. Pelajar tersebut juga ditikam di bahagian pinggang dan motosikalnya ditendang peragut yang tidak puas hati kerana gagal mendapatkan beg pelajar tersebut. Tindakan itu menyebabkan pelajar jatuh dari motosikal dan mengalami cedera serius di bahagian muka. Ketika laporan polis dibuat, didapati bahawa pada hari tersebut telah berlaku 6 kes yang serupa. Jika suatu masa dahulu, Shah Alam boleh dikatakan suatu kawasan yang selamat, nampaknya kini tidak lagi. Mungkinkah kebanjiran pendatang asing menjadi punca? Atau...adakah bebanan ekonomi menjadi penyebab manusia hilang peri kemanusiaan?? Apa-apa pun, berhati-hatilah di mana sahaja kita berada.