Saturday, August 23, 2008

Pantas masa berlalu.....

Mimi Sibuk Dengan Pelita Raya

Mi menunjukkan skill (yang mengagumkan kanak-kanak)

Mimi, Nani & Ayah De

Di pejabat, rata-rata kaum wanita sibuk berpuasa. Puasa sunat??? Bukan.... menghabiskan ganti, dek kerana hampirnya Ramadhan. Masih terasa baru sahaja menyambut ramadhan tahun lalu, kini bulan yang mulia menjelang lagi. Yang paling gembira, sudah pasti kanak-kanak. Terkenang zaman dahulu, tatkala tibanya bulan ramadhan, mak dan abah menjadi kreatif ketika masak untuk bersahur. Macam-macam yang dicuba, semata-mata untuk melihat anak-anak yang makan sahurnya sambil terpejam mata dapat menghabiskan nasi masing-masing. Udang goreng tepung adalah antara menu kesukaan saya.

Cucur Udang Mak Pah, Kegemaran Anak Cucu untuk Juadah Berbuka

Minggu terakhir ramadhan pula akan sibuk dengan baju raya dan kuih raya. Tapi yang paling best, menanti saudara mara pulang ke kampung. Masing-masing ada geng tersendiri. Lazimnya, kumpulan perempuan dan lelaki. Pernah sekali ketika berumur 5 tahun, baju saya terbakar dek kerana terkena bunga api yang di pegang sepupu (Ina - dah jadi Dr. Hasrina sekarang ni) ketika saya sibuk menaiki buaian. Nasib baik Mak Long (Allahyarhamah) sempat memadamnya. Maka berlubanglah baju tidur sebesar bola tenis.

Ayah Cu

Apabila menjengah usia 11 tahun (darjah 5), Ayah Cu pulang dari UK. Maka bermulalah era bermain mercun yang pelbagai jenis. Yang meletup, yang berpusing, yang terbang (siap ada payung terjun), semuanya ada. Kadang kala, mercun dan bunga api yang terlalu banyak, membolehkan ianya disimpan untuk raya haji. Tambah menarik, dapat pula hamper raya yang penuh dengan pelbagai barangan kesukaan kanak-kanak. Kini, tradisi masih diteruskan. Giliran kita pula untuk memeriahkan sambutan hari raya anak-anak saudara.

No comments: