Tuesday, August 19, 2008

Oper Frankfurt

Bergambar di hadapan Oper Frankfurt

Tidak ramai warga german yang keluar diawal pagi. Banyak yang kelihatan adalah pelancong-pelancong dari luar.

Oper Frankfurt atau dalam kata lain Opera House pada hakikat sebenarnya adalah hampir sama dengan Istana Budaya di Malaysia. Banyak aktiviti kesenian dijalankan seperti orkestra, teater dan lain-lain. Sempena kunjungan ke Germany pada June yang lepas, saya terlebih dahulu membuat permohonan kepada Datuk VC untuk bercuti 4 hari di Frankfurt sebelum meneruskan perjalanan ke Rothenburg. Alhamdulillah permohonan diterima. Segala perbelanjaan di Frankfurt adalah tanggungan sendiri. Baru saya faham kenapa setiap pemergian kita keluar negara sama ada bercuti atau atas urusan kerja perlu memohon kebenaran daripada Datuk VC. Pegawai di Canselari memberitahu, jika berlaku kecemasan seperti sakit dan perlukan rawatan perubatan, pihak UiTM akan membayarnya kerana kita kesana dengan kebenaran. Pesan mereka, jika sakit dan perlu dimasukkan ke hospital, sama ada kita membayarnya dahulu dan claim balik ketika pulang di Malaysia, ataupun hubungi kedutaan dan mereka akan menjelaskan bil rawatan tersebut. Namun untuk "peace of mind" saya selalunya mengambil insuran komprehensif yang turut melindungi harta benda kita di Malaysia sepeninggalan kita ke luar negara. Harganya tidaklah mahal. Lebih kurang RM 90 untuk tempoh 2 minggu.

No comments: