Saturday, August 23, 2008

Mereka yang berjaya....

Jutawan Segera???


Berkecimpung dalam bidang penyelidikan menemukan saya dengan ramai pakar yang sungguh low profile. Prof Ku dan Mr. Tommy umpamanya, sentiasa menonjolkan hasil penyelidikan yang amat berguna kepada masyarakat dan dunia. Pada 2006, saya berkesempatan menyertai pertandingan penyelidikan di Geneva bersama dengan Prof. Ku. Pada ketika itu, seseorang memberitahu saya, Prof. Ku telah memenangi pingat melebihi 50 (mungkin kini dah sampai ke tahap ratusan agaknya). Saya melihat beliau sebagai seorang yang sungguh genius. Prinsip beliau "setiap apa yang ada di muka bumi Allah ini adalah berguna, hatta air sampah sekalipun". Tidak hairanlah hasil penyelidikan beliau telah banyak memenangi special awards di peringkat antarabangsa. Menurut khabar yang saya dengar, kedua-dua mereka telah berjaya mengkomersilkan produk ke negara Arab Saudi. Patutlah kebelakangan ini Prof. Ku asyik ke Arab Saudi sahaja. Penat lelah mereka nampaknya berbaloi kerana mereka telah menjadi Jutawan segera. Cuma sedikit terkilan, kenapa produk ini tidak dibeli oleh negara kita sendiri???

No comments: