Monday, August 18, 2008

INPEX New Webpages



Cuti pertengahan semester telah bermula. Kampus menjadi sunyi sepi. Tiada lagi sesak di bulatan seksyen 2. Tiada lagi deretan panjang kenderaan di pintu masuk UiTM. Malah, tiada lagi motosikal pelajar yang mencelah di sana-sini hingga hampir menyebabkan kemalangan. Sampai di office, lif juga tidak sesak. Membeli makanan di kafetaria juga tidak perlu beratur panjang. Bahagianya rasa hati. Inilah masanya untuk berehat. Esok Zaidi akan ke Kuching selama 4 hari. Dijemput berceramah di sana. Mulanya macam nak ikut sekali. Memandangkan hari khamis ada meeting Risk Management, tak jadilah nak ke sana. Malah cuti pada hari tersebut juga terpaksa dibatalkan. Dr. Chong, seorang sahabat baik di UiTM Sarawak beria-ria nak membawa kami makan ikan bakar di sana. Nampaknya, saya terlepas ikan bakar sarawak. Mungkin ada rezeki di lain kali.
Kelapangan musim cuti dimanfaatkan untuk mengupdate apa-apa yang perlu. Sempat juga melayari Internet buat seketika. Ter "click" pada website INPEX, oh sudah berwajah baru rupanya. lebih "eye catchy" dan lebih profesional. Sempat juga meng "click" link "Jury Awards 2007". Terkenang kembali kegembiraan ketika bertanding di sana. Jika ada rezeki tahun ini, mungkinkah akan ke Brussels?

No comments: