Thursday, August 21, 2008

Harga sebuah kejayaan....

Berjaya di usia muda memang mengembirakan. Sekali pandang ramai yang menganggap "bertuah betul... muda-muda lagi dah berjaya". Semuanya nampak indah di luar. Namun ramai yang tidak tahu "harga yang perlu dibayar" lebih-lebih lagi jika kejayaan itu adalah hasil usaha sendiri 100%, tanpa sebarang "cable" mahupun yang kecil atau besar, beserta dengan doa dan rahmat yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Kejayaan yang tulen "tanpa cable" akan menyebabkan anda kehilangan ramai rakan. Namun jika kejayaan anda adalah kerana "cable", ramai kawan-kawan yang akan menghampiri untuk tumpang sama berteduh. Lebih-lebih lagi jika pohon tempat berteduh itu adalah pohon rendang yang kuat dan tegap, yang agak mustahil akan tumbang jika dilanda ribut kecil-kecilan.
Kejayaan tulen menyebabkan setiap gerak geri anda diperhatikan. Malah ramai yang membuat berbagai andaian yang kadang kala tak masuk akal. Fitnah-fitnah yang tidak berasas akan memenuhi mail box anda malah turut juga memenuhi mail box dan juga peti sms orang-orang atasan. Surat-surat penting akan kerap hilang dan kadang kala anda akan menerima se "bundle" surat-surat penting yang dah terlepas tarikh. Maka dengan rasminya anda akan dipanggil oleh Bos kerana tak menghadiri meeting-meeting penting. Pening kepala dibuatnya. Perlukah kita melihat pigeon hole setiap jam? Malah dokumen-dokumen penting akan turut hilang. Berkali-kali submit, masih hilang dan tidak dapat di kesan.
Apabila anda di minta pihak atasan untuk membantu orang lain supaya turut berjaya seperti anda, akan ada pula pihak yang melaporkan kepada pihak atasan bahawa anda mengambil kesempatan. Yang lawaknya, kadang kala yang menyuruh anda membantu, turut mendapat laporan kononnya anda mengambil kesempatan -- apalagi... lawaklah jadinya dan pecah tembelang si tukang report kerana maklumat yang diberikan tidak tepat 100%. Itulah kekuasaan Allah.
Mereka-mereka yang irihati kadangkala tidak sedar bahawa setiap orang telah ditentukan Allah s.w.t dengan rezeki masing-masing. Jika si A terlebih dari satu segi, mungkin si B terlebih pula dari segi yang lain. Ibaratnya, jika si A gajinya lebih, namun dikurniakan Allah rupa paras yang agak kurang cantik daripada si B, maka berhabislah si A menggunakan gajinya untuk rawatan kecantikan diri. Manakala jika si B, gajinya agak redah, namun dikurniakan Allah rupa paras yang cantik, maka tak perlulah berhabis wang ringgit untuk kecantikan diri (ini adalah tamsilan sahaja, tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati... he..he..he..). Jadi, usahlah iri hati... kerana Allah itu adil. Kadangkala sikap sesetengah mereka yang iri hati cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan orang lain. Cuba menghalang kejayaan dan rezeki orang lain. Namun tidak kah mereka sedar bahawa jika sekalipun mereka berjaya menghalang, Allah membuka rezeki dan peluang yang lebih besar dan lebih tinggi terhadap orang yang dizalimi, yang kadang kala tidak di sangka-sangka.
Perlukah kita mengalah? Ketika di Geneva, saya sempat bersembang dengan seorang Prof. terkenal dari sebuah IPTA. Kata beliau, usah berpaut pada dahan kerana ianya mudah patah. Namun jadilah pohon yang bermula dengan akar tunjang yang kuat, yang membesar menjadi pohon rendang yang kukuh yang sukar digugat walau ribut taufan melanda. Malah beliau turut memberitahu, jika anda naik dengan kabel, jatuh kabel (kadangkala kabel atas kabel), maka jatuhlah anda. Namun jika anda naik dengan keupayaan sendiri, walau ribut taufan hatta banjir kilat sekalipun yang melanda, anda umpama johan "Amazing Race", pastinya kejayaan adalah milik anda selamanya. Ibarat Nabi s.a.w berdakwah, tidak ada jalan mudah. Ianya penuh dengan dugaan dan rintangan. Namun yang penting adalah kemanisan iman, keberkatan hidup dan kerahmatan Allah s.w.t yang dikecapi, yang sudah pasti syurga adalah habuannya.

5 comments:

rina said...

I agree with u.

Nurashikin said...

Kak Intan..
Mendalam sungguh maknanya n so meaningful. :)..Agree with u..Pernah mengalaminya.

Kak Intan said...

Rina & Shikin,

Inilah virus yang menular di kalangan orang Melayu... yang menyebabkan Melayu sentiasa mundur.

Syah said...

uihhh... saya tak nak keje kat "sana". mencabar sungguh..

Intan said...

Syahrul, bukan orang kat sini, tapi rakan taulan kita juga....