Sunday, August 31, 2008

E-Mail Layang... Vision 2020/Zakaria/Dr.Zakaria/Dr. MAN???

Beberapa entri yang lepas, saya ada menulis tentang "Harga sebuah kejayaan". Hari ini, dua lagi e-mail layang (telah dapat dikesan siapakah penulis tersebut) memasuki mailbox Zaidi. E-mail di bawah ini, saya masih boleh menganggap ianya satu cadangan yang baik. Walaubagaimanapun, kepada penulis e-mail tersebut, mungkin anda terlupa akan pekeliling Naib Canselor Bil. 3 2007 yang di keluarkan kepada semua kakitangan akademik. Itulah alasannya mengapa semua buku saya diterbitkan oleh UPENA (walaupun terpaksa menunggu hampir 2 @ 3 tahun). Kerana mematuhi aturan Universiti. Walaubagaimanapun, untuk makluman "Dr. Zakaria", nantikan penerbitan terbaru saya tak lama lagi yang akan diterbitkan oleh McGraw Hill, iaitu "Accounting Simulation for Sole Trader", dan "Quantitative Research Questionnaire Survey".

E-mail - "Dr. Zakaria"??

Pekeliling Naib Canselor Bil. 3 2007



E-mail Kedua - Dr. MAN???
E-mail kedua ini, jika dilihat dari segi tarikhnya adalah sama dengan e-mail pertama manakala waktunya hanya berbeza 10 minit. Beberapa patah perkataan juga kelihatan sama umpamanya perkataan "Takde", singkatan "yg" serta pengakhiran ayat dengan perkataan "ke?". Yang lagi menarik, apabila mesej tersebut dibalas, dah tutup rupanya e-mail - e-mail tersebut. Rajin betul si pengirim, sanggup buka dua email untuk menghantar e-mail, lepas tu tutup balik. Untuk makluman "Dr. MAN" yang juga "Dr. Zakaria", diharap dapat membuat sedikit research sebelum menulis e-mail layang... tak semua artikel atau buku Zaidi ada nama Intan Salwani dan tak semua artikel atau buku Intan Salwani ada nama Zaidi. Masing-masing mempunyai research dan produk penyelidikan tersendiri. Malah, kami mematuhi "Vancouver Authorship Guidelines" seperti berikut:

Vancouver Authorship Guidelines

Malah, kerana mematuhi authorship guidelines itulah juga kami turut meletakkan nama penyumbang sampingan seperti English Editor. Memandangkan both of us membuat kajian PHD dalam bidang yang sama iaitu IT Management, so kat mana salahnya kalau suami isteri buat research berdua??? Tak ada pula dalam Vancouver guidelines mengatakan husband and wife tak boleh buat research berdua. Malah, setiap tahun mewakili negara ke pertandingan penyelidikan antarabangsa, masing-masing mempunyai produk sendiri, malah kami selalu memenangi pertandingan juga adalah kerana strategi "Dual presentation". Penerangan akan dibuat oleh both of us. Mungkin Dr. MAN @ Dr. Zakaria patut melawat booth saya setiap kali ada invention competition. Malah ketika pembentangan penyelidikan di konferensi antarabangsa juga, masing-masing menjadi presenter malah, jika ada soalan daripada audience, both of us akan memberi jawapan. Untuk memuaskan hati Dr. MAN @ Dr. Zakaria, disini saya sertakan bukti bahawa tidak ada sleeping partner dalam research yang dibuat oleh pasangan "Intan & Zaidi":

Intan & Zaidi sama-sama buat field study, pergi interview kat Northport untuk research Corporate Intranet

Intan & Zaidi sama-sama buat field study kat My Soft Corp. untuk Research Computer-based accounting system & security controls over acctg information

Intan & Zaidi sama-sama dilantik sebagai pasangan judges untuk kategori ICT & Multimedia ITEX 2007 dan diiktiraf sebagai "International Panel of Judges" oleh Malaysian Invention & Design Society

Intan dijemput berceramah di Kuala Pilah......

......Zaidi pun dijemput sebagai penceramah juga

Zaidi berceramah di Kampus Johor.....

....Intan pun dijemput sama sebagai penceramah "Quantitative Research, Questionnaire Survey" di Kampus Johor

Zaidi & Intan sama-sama explain kat judges masa Geneva exhibition

Intan & Zaidi sama-sama berdebat dengan judges ketika 2 produk iaitu Corporate Intranet & Security Controls on Computer based Accounting berjaya menjadi Finalist Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2006

Intan & Zaidi sama-sama present 2 paper kat Korea University. Malah semasa conference di Germany, Intan present paper E-commerce & paper Multiple Intelligence, Zaidi present TECHPROVED Model manakala Basha present paper Finance. Tapi tak de pula nama Intan dalam paper Zaidi dengan Basha...

Intan & Zaidi sama-sama explain kat judges ketika MTE 2007........

......sama-sama defend research product to the most strict judges during PECIPTA 2007

Intan & Zaidi sibuk membuat penerangan kepada judge semasa IID 2007

ZAidi & Intan & Saidin & Zakiah penuh khusyuk mendengar pertanyaan judge semasa IID 2007

Intan dapat hadiah.......

.........Zaidi pun dapat hadiah jugak

Kadang-kadang kena stay atas stage sebab dapat 3 pingat emas berturut-turut.....

Intan & Zaidi sama-sama menang 2 pingat perak ketika di Pittsburgh USA, sama-sama masuk gambar dalam newspaper.......

Setup booth kat pittsburgh ni pun sama-sama panjat meja untuk gantung poster

Tak cukup buat kerja berdua, dengan baik hatinya Intan & Zaidi mengambil pasangan suami isteri Zakiah & Saidin sebagai rakan penyelidik untuk dilatih supaya turut sama berjaya. Hasilnya, ketika IID 2008, mereka berdua berjaya menghasilkan penyelidikan dan turut berjaya mendapat pingat perak. Malah yang lebih membanggakan lagi, Intan & Zaidi telah berjaya membuatkan saidin & zakiah mendaftar sebagai pelajar PhD mulai semester ini...

Kepada "Dr. Zakaria" / "Dr.MAN"/ vision2020@yahoo.com / zakaria@hotmail.com , semoga anda berpuas hati dengan penjelasan di atas. Banyak lagi yang boleh dibuktikan. Cuma kadang-kadang saya terfikir, bilalah agaknya kita nak capai Universiti Bertaraf Dunia jika ramai yang sibuk mengkritik orang lain sedangkan mereka sepatutnya turut sama menyumbang atau membantu "BANGSA SENDIRI".

Susah bila husband & wife memiliki kerjaya yang sama. Bila pergi kerja naik kereta bersama, makan bersama, dikatakan pula sebagai "pasangan 1001 mengada", macam "belangkas". Bila naik kereta berasingan pula, dikatakan "pasangan tak mesra", "pasangan bermasalah". Itulah adat manusia. Gajah depan mata tak nampak, semut halus kat seberang pun nampak... (sanggup beli binocular nak check apa agaknya semut tu buat ye.....)

5 comments:

Balkish said...

Dr Intan,

Good defence...tak mengapa...anggap aje 'email layang' tu seperti satu pertanyaan mesra.

Pergi Belgium pulak?Syoknya...anyway I know that you guys mesti busy dgn preparation b4 pergi mana2competition...tekanannya u all aje yg tau.. kami cuma tumpang gembira dan doakan yang terbaik

Nurashikin said...
This comment has been removed by the author.
Syah said...

Itulah harga sebuah kejayaan.!!!!

Nurzeatul said...

Intan,

Hmm...hasad dengki tu tak boleh elak..

to dr zakaria - hmmm..dah tak der keja lain agaknya.

All the best!

P/S: Nak ikut....

Anonymous said...

mengapa tidak:)