Sunday, August 31, 2008

E-Mail Layang... Vision 2020/Zakaria/Dr.Zakaria/Dr. MAN???

Beberapa entri yang lepas, saya ada menulis tentang "Harga sebuah kejayaan". Hari ini, dua lagi e-mail layang (telah dapat dikesan siapakah penulis tersebut) memasuki mailbox Zaidi. E-mail di bawah ini, saya masih boleh menganggap ianya satu cadangan yang baik. Walaubagaimanapun, kepada penulis e-mail tersebut, mungkin anda terlupa akan pekeliling Naib Canselor Bil. 3 2007 yang di keluarkan kepada semua kakitangan akademik. Itulah alasannya mengapa semua buku saya diterbitkan oleh UPENA (walaupun terpaksa menunggu hampir 2 @ 3 tahun). Kerana mematuhi aturan Universiti. Walaubagaimanapun, untuk makluman "Dr. Zakaria", nantikan penerbitan terbaru saya tak lama lagi yang akan diterbitkan oleh McGraw Hill, iaitu "Accounting Simulation for Sole Trader", dan "Quantitative Research Questionnaire Survey".

E-mail - "Dr. Zakaria"??

Pekeliling Naib Canselor Bil. 3 2007



E-mail Kedua - Dr. MAN???
E-mail kedua ini, jika dilihat dari segi tarikhnya adalah sama dengan e-mail pertama manakala waktunya hanya berbeza 10 minit. Beberapa patah perkataan juga kelihatan sama umpamanya perkataan "Takde", singkatan "yg" serta pengakhiran ayat dengan perkataan "ke?". Yang lagi menarik, apabila mesej tersebut dibalas, dah tutup rupanya e-mail - e-mail tersebut. Rajin betul si pengirim, sanggup buka dua email untuk menghantar e-mail, lepas tu tutup balik. Untuk makluman "Dr. MAN" yang juga "Dr. Zakaria", diharap dapat membuat sedikit research sebelum menulis e-mail layang... tak semua artikel atau buku Zaidi ada nama Intan Salwani dan tak semua artikel atau buku Intan Salwani ada nama Zaidi. Masing-masing mempunyai research dan produk penyelidikan tersendiri. Malah, kami mematuhi "Vancouver Authorship Guidelines" seperti berikut:

Vancouver Authorship Guidelines

Malah, kerana mematuhi authorship guidelines itulah juga kami turut meletakkan nama penyumbang sampingan seperti English Editor. Memandangkan both of us membuat kajian PHD dalam bidang yang sama iaitu IT Management, so kat mana salahnya kalau suami isteri buat research berdua??? Tak ada pula dalam Vancouver guidelines mengatakan husband and wife tak boleh buat research berdua. Malah, setiap tahun mewakili negara ke pertandingan penyelidikan antarabangsa, masing-masing mempunyai produk sendiri, malah kami selalu memenangi pertandingan juga adalah kerana strategi "Dual presentation". Penerangan akan dibuat oleh both of us. Mungkin Dr. MAN @ Dr. Zakaria patut melawat booth saya setiap kali ada invention competition. Malah ketika pembentangan penyelidikan di konferensi antarabangsa juga, masing-masing menjadi presenter malah, jika ada soalan daripada audience, both of us akan memberi jawapan. Untuk memuaskan hati Dr. MAN @ Dr. Zakaria, disini saya sertakan bukti bahawa tidak ada sleeping partner dalam research yang dibuat oleh pasangan "Intan & Zaidi":

Intan & Zaidi sama-sama buat field study, pergi interview kat Northport untuk research Corporate Intranet

Intan & Zaidi sama-sama buat field study kat My Soft Corp. untuk Research Computer-based accounting system & security controls over acctg information

Intan & Zaidi sama-sama dilantik sebagai pasangan judges untuk kategori ICT & Multimedia ITEX 2007 dan diiktiraf sebagai "International Panel of Judges" oleh Malaysian Invention & Design Society

Intan dijemput berceramah di Kuala Pilah......

......Zaidi pun dijemput sebagai penceramah juga

Zaidi berceramah di Kampus Johor.....

....Intan pun dijemput sama sebagai penceramah "Quantitative Research, Questionnaire Survey" di Kampus Johor

Zaidi & Intan sama-sama explain kat judges masa Geneva exhibition

Intan & Zaidi sama-sama berdebat dengan judges ketika 2 produk iaitu Corporate Intranet & Security Controls on Computer based Accounting berjaya menjadi Finalist Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2006

Intan & Zaidi sama-sama present 2 paper kat Korea University. Malah semasa conference di Germany, Intan present paper E-commerce & paper Multiple Intelligence, Zaidi present TECHPROVED Model manakala Basha present paper Finance. Tapi tak de pula nama Intan dalam paper Zaidi dengan Basha...

Intan & Zaidi sama-sama explain kat judges ketika MTE 2007........

......sama-sama defend research product to the most strict judges during PECIPTA 2007

Intan & Zaidi sibuk membuat penerangan kepada judge semasa IID 2007

ZAidi & Intan & Saidin & Zakiah penuh khusyuk mendengar pertanyaan judge semasa IID 2007

Intan dapat hadiah.......

.........Zaidi pun dapat hadiah jugak

Kadang-kadang kena stay atas stage sebab dapat 3 pingat emas berturut-turut.....

Intan & Zaidi sama-sama menang 2 pingat perak ketika di Pittsburgh USA, sama-sama masuk gambar dalam newspaper.......

Setup booth kat pittsburgh ni pun sama-sama panjat meja untuk gantung poster

Tak cukup buat kerja berdua, dengan baik hatinya Intan & Zaidi mengambil pasangan suami isteri Zakiah & Saidin sebagai rakan penyelidik untuk dilatih supaya turut sama berjaya. Hasilnya, ketika IID 2008, mereka berdua berjaya menghasilkan penyelidikan dan turut berjaya mendapat pingat perak. Malah yang lebih membanggakan lagi, Intan & Zaidi telah berjaya membuatkan saidin & zakiah mendaftar sebagai pelajar PhD mulai semester ini...

Kepada "Dr. Zakaria" / "Dr.MAN"/ vision2020@yahoo.com / zakaria@hotmail.com , semoga anda berpuas hati dengan penjelasan di atas. Banyak lagi yang boleh dibuktikan. Cuma kadang-kadang saya terfikir, bilalah agaknya kita nak capai Universiti Bertaraf Dunia jika ramai yang sibuk mengkritik orang lain sedangkan mereka sepatutnya turut sama menyumbang atau membantu "BANGSA SENDIRI".

Susah bila husband & wife memiliki kerjaya yang sama. Bila pergi kerja naik kereta bersama, makan bersama, dikatakan pula sebagai "pasangan 1001 mengada", macam "belangkas". Bila naik kereta berasingan pula, dikatakan "pasangan tak mesra", "pasangan bermasalah". Itulah adat manusia. Gajah depan mata tak nampak, semut halus kat seberang pun nampak... (sanggup beli binocular nak check apa agaknya semut tu buat ye.....)

Wednesday, August 27, 2008

Brussels Innova - My Next Destination



Destinasi seterusnya pada tahun ini adalah Brussels, Belgium. Insya-Allah, pertandingan akan berlangsung dari 13 - 15 November 2008. Kali ini saya akan membawa produk CAMS: Computerized Asset Management System, manakala Zaidi akan membawa satu lagi produk on IT Management Tool.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Dalam memperkatakan hak keistimewaan orang Melayu, saya agak tertarik dengan komen Tun Dr. Mahathir dalam blog beliau yang membuat tamsilan hak keistimewaan tersebut umpama sukan golf seperti berikut:

"Golf is a great game. But like other games the poorer players would be given handicaps. Otherwise golf would be very boring as the good golfers win every time."

Sunday, August 24, 2008

Invention Competition...

Menanti untuk check-in hotel di Seoul sempena SIIF 2006. Suhu pada waktu ini sekitar 2 darjah celcius

Mulai June 2008, bermulalah musim pertandingan rekacipta peringkat antarabangsa. INPEX USA dah berlalu pada June lepas. Next, akan berlangsung BIS (London), IENA (Germany), Brussels (Belgium), dan SIF (Korea). Siapa yang akan terpilih??? Sudah pasti pemenang dari pertandingan ITEX dan MTE di Malaysia. Persaingan semakin sengit kerana ramai yang dah mula menceburkan diri dalam pertandingan rekacipta. Lazimnya, pemilihan berdasarkan warna pingat yang diperolehi di Malaysia. Mungkinkah Silver dan Gold sahaja?? Masing-masing berdebar menanti pengumuman PNC.

Saturday, August 23, 2008

Pantas masa berlalu.....

Mimi Sibuk Dengan Pelita Raya

Mi menunjukkan skill (yang mengagumkan kanak-kanak)

Mimi, Nani & Ayah De

Di pejabat, rata-rata kaum wanita sibuk berpuasa. Puasa sunat??? Bukan.... menghabiskan ganti, dek kerana hampirnya Ramadhan. Masih terasa baru sahaja menyambut ramadhan tahun lalu, kini bulan yang mulia menjelang lagi. Yang paling gembira, sudah pasti kanak-kanak. Terkenang zaman dahulu, tatkala tibanya bulan ramadhan, mak dan abah menjadi kreatif ketika masak untuk bersahur. Macam-macam yang dicuba, semata-mata untuk melihat anak-anak yang makan sahurnya sambil terpejam mata dapat menghabiskan nasi masing-masing. Udang goreng tepung adalah antara menu kesukaan saya.

Cucur Udang Mak Pah, Kegemaran Anak Cucu untuk Juadah Berbuka

Minggu terakhir ramadhan pula akan sibuk dengan baju raya dan kuih raya. Tapi yang paling best, menanti saudara mara pulang ke kampung. Masing-masing ada geng tersendiri. Lazimnya, kumpulan perempuan dan lelaki. Pernah sekali ketika berumur 5 tahun, baju saya terbakar dek kerana terkena bunga api yang di pegang sepupu (Ina - dah jadi Dr. Hasrina sekarang ni) ketika saya sibuk menaiki buaian. Nasib baik Mak Long (Allahyarhamah) sempat memadamnya. Maka berlubanglah baju tidur sebesar bola tenis.

Ayah Cu

Apabila menjengah usia 11 tahun (darjah 5), Ayah Cu pulang dari UK. Maka bermulalah era bermain mercun yang pelbagai jenis. Yang meletup, yang berpusing, yang terbang (siap ada payung terjun), semuanya ada. Kadang kala, mercun dan bunga api yang terlalu banyak, membolehkan ianya disimpan untuk raya haji. Tambah menarik, dapat pula hamper raya yang penuh dengan pelbagai barangan kesukaan kanak-kanak. Kini, tradisi masih diteruskan. Giliran kita pula untuk memeriahkan sambutan hari raya anak-anak saudara.

Mereka yang berjaya....

Jutawan Segera???


Berkecimpung dalam bidang penyelidikan menemukan saya dengan ramai pakar yang sungguh low profile. Prof Ku dan Mr. Tommy umpamanya, sentiasa menonjolkan hasil penyelidikan yang amat berguna kepada masyarakat dan dunia. Pada 2006, saya berkesempatan menyertai pertandingan penyelidikan di Geneva bersama dengan Prof. Ku. Pada ketika itu, seseorang memberitahu saya, Prof. Ku telah memenangi pingat melebihi 50 (mungkin kini dah sampai ke tahap ratusan agaknya). Saya melihat beliau sebagai seorang yang sungguh genius. Prinsip beliau "setiap apa yang ada di muka bumi Allah ini adalah berguna, hatta air sampah sekalipun". Tidak hairanlah hasil penyelidikan beliau telah banyak memenangi special awards di peringkat antarabangsa. Menurut khabar yang saya dengar, kedua-dua mereka telah berjaya mengkomersilkan produk ke negara Arab Saudi. Patutlah kebelakangan ini Prof. Ku asyik ke Arab Saudi sahaja. Penat lelah mereka nampaknya berbaloi kerana mereka telah menjadi Jutawan segera. Cuma sedikit terkilan, kenapa produk ini tidak dibeli oleh negara kita sendiri???

Thursday, August 21, 2008

Harga sebuah kejayaan....

Berjaya di usia muda memang mengembirakan. Sekali pandang ramai yang menganggap "bertuah betul... muda-muda lagi dah berjaya". Semuanya nampak indah di luar. Namun ramai yang tidak tahu "harga yang perlu dibayar" lebih-lebih lagi jika kejayaan itu adalah hasil usaha sendiri 100%, tanpa sebarang "cable" mahupun yang kecil atau besar, beserta dengan doa dan rahmat yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Kejayaan yang tulen "tanpa cable" akan menyebabkan anda kehilangan ramai rakan. Namun jika kejayaan anda adalah kerana "cable", ramai kawan-kawan yang akan menghampiri untuk tumpang sama berteduh. Lebih-lebih lagi jika pohon tempat berteduh itu adalah pohon rendang yang kuat dan tegap, yang agak mustahil akan tumbang jika dilanda ribut kecil-kecilan.
Kejayaan tulen menyebabkan setiap gerak geri anda diperhatikan. Malah ramai yang membuat berbagai andaian yang kadang kala tak masuk akal. Fitnah-fitnah yang tidak berasas akan memenuhi mail box anda malah turut juga memenuhi mail box dan juga peti sms orang-orang atasan. Surat-surat penting akan kerap hilang dan kadang kala anda akan menerima se "bundle" surat-surat penting yang dah terlepas tarikh. Maka dengan rasminya anda akan dipanggil oleh Bos kerana tak menghadiri meeting-meeting penting. Pening kepala dibuatnya. Perlukah kita melihat pigeon hole setiap jam? Malah dokumen-dokumen penting akan turut hilang. Berkali-kali submit, masih hilang dan tidak dapat di kesan.
Apabila anda di minta pihak atasan untuk membantu orang lain supaya turut berjaya seperti anda, akan ada pula pihak yang melaporkan kepada pihak atasan bahawa anda mengambil kesempatan. Yang lawaknya, kadang kala yang menyuruh anda membantu, turut mendapat laporan kononnya anda mengambil kesempatan -- apalagi... lawaklah jadinya dan pecah tembelang si tukang report kerana maklumat yang diberikan tidak tepat 100%. Itulah kekuasaan Allah.
Mereka-mereka yang irihati kadangkala tidak sedar bahawa setiap orang telah ditentukan Allah s.w.t dengan rezeki masing-masing. Jika si A terlebih dari satu segi, mungkin si B terlebih pula dari segi yang lain. Ibaratnya, jika si A gajinya lebih, namun dikurniakan Allah rupa paras yang agak kurang cantik daripada si B, maka berhabislah si A menggunakan gajinya untuk rawatan kecantikan diri. Manakala jika si B, gajinya agak redah, namun dikurniakan Allah rupa paras yang cantik, maka tak perlulah berhabis wang ringgit untuk kecantikan diri (ini adalah tamsilan sahaja, tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati... he..he..he..). Jadi, usahlah iri hati... kerana Allah itu adil. Kadangkala sikap sesetengah mereka yang iri hati cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan orang lain. Cuba menghalang kejayaan dan rezeki orang lain. Namun tidak kah mereka sedar bahawa jika sekalipun mereka berjaya menghalang, Allah membuka rezeki dan peluang yang lebih besar dan lebih tinggi terhadap orang yang dizalimi, yang kadang kala tidak di sangka-sangka.
Perlukah kita mengalah? Ketika di Geneva, saya sempat bersembang dengan seorang Prof. terkenal dari sebuah IPTA. Kata beliau, usah berpaut pada dahan kerana ianya mudah patah. Namun jadilah pohon yang bermula dengan akar tunjang yang kuat, yang membesar menjadi pohon rendang yang kukuh yang sukar digugat walau ribut taufan melanda. Malah beliau turut memberitahu, jika anda naik dengan kabel, jatuh kabel (kadangkala kabel atas kabel), maka jatuhlah anda. Namun jika anda naik dengan keupayaan sendiri, walau ribut taufan hatta banjir kilat sekalipun yang melanda, anda umpama johan "Amazing Race", pastinya kejayaan adalah milik anda selamanya. Ibarat Nabi s.a.w berdakwah, tidak ada jalan mudah. Ianya penuh dengan dugaan dan rintangan. Namun yang penting adalah kemanisan iman, keberkatan hidup dan kerahmatan Allah s.w.t yang dikecapi, yang sudah pasti syurga adalah habuannya.

Wednesday, August 20, 2008

Euro 2008 (Siri II)


Bersempena dengan demam bolasepak Euro 2008, sedikit sebanyak, gelagat penyokong fanatik pasukan germany turut menarik perhatian kami. Jika di Frankfurt, penyokong warga Turki sungguh bersemangat. Rata-rata mereka adalah golongan kaya yang mempunyai banyak perniagaan di Frankfurt. Malah, mereke merempit di jalan-jalan raya sambil mengibarkan bendera Turki di kereta-kereta mewah seperti porche, BWM, Merc dll. Di Rothenburg lain pula ceritanya. Warga Germany lebih bersemangat di sini. Jen sempat bergambar dengan mereka yang berlegar-legar sambil menyanyi dan memukul gendang. Malah makcik umur 60 tahun pun sanggup tutup kedai awal semata-mata nak balik menonton bolasepak.

Tuesday, August 19, 2008

Oper Frankfurt

Bergambar di hadapan Oper Frankfurt

Tidak ramai warga german yang keluar diawal pagi. Banyak yang kelihatan adalah pelancong-pelancong dari luar.

Oper Frankfurt atau dalam kata lain Opera House pada hakikat sebenarnya adalah hampir sama dengan Istana Budaya di Malaysia. Banyak aktiviti kesenian dijalankan seperti orkestra, teater dan lain-lain. Sempena kunjungan ke Germany pada June yang lepas, saya terlebih dahulu membuat permohonan kepada Datuk VC untuk bercuti 4 hari di Frankfurt sebelum meneruskan perjalanan ke Rothenburg. Alhamdulillah permohonan diterima. Segala perbelanjaan di Frankfurt adalah tanggungan sendiri. Baru saya faham kenapa setiap pemergian kita keluar negara sama ada bercuti atau atas urusan kerja perlu memohon kebenaran daripada Datuk VC. Pegawai di Canselari memberitahu, jika berlaku kecemasan seperti sakit dan perlukan rawatan perubatan, pihak UiTM akan membayarnya kerana kita kesana dengan kebenaran. Pesan mereka, jika sakit dan perlu dimasukkan ke hospital, sama ada kita membayarnya dahulu dan claim balik ketika pulang di Malaysia, ataupun hubungi kedutaan dan mereka akan menjelaskan bil rawatan tersebut. Namun untuk "peace of mind" saya selalunya mengambil insuran komprehensif yang turut melindungi harta benda kita di Malaysia sepeninggalan kita ke luar negara. Harganya tidaklah mahal. Lebih kurang RM 90 untuk tempoh 2 minggu.

Monday, August 18, 2008

INPEX New Webpages



Cuti pertengahan semester telah bermula. Kampus menjadi sunyi sepi. Tiada lagi sesak di bulatan seksyen 2. Tiada lagi deretan panjang kenderaan di pintu masuk UiTM. Malah, tiada lagi motosikal pelajar yang mencelah di sana-sini hingga hampir menyebabkan kemalangan. Sampai di office, lif juga tidak sesak. Membeli makanan di kafetaria juga tidak perlu beratur panjang. Bahagianya rasa hati. Inilah masanya untuk berehat. Esok Zaidi akan ke Kuching selama 4 hari. Dijemput berceramah di sana. Mulanya macam nak ikut sekali. Memandangkan hari khamis ada meeting Risk Management, tak jadilah nak ke sana. Malah cuti pada hari tersebut juga terpaksa dibatalkan. Dr. Chong, seorang sahabat baik di UiTM Sarawak beria-ria nak membawa kami makan ikan bakar di sana. Nampaknya, saya terlepas ikan bakar sarawak. Mungkin ada rezeki di lain kali.
Kelapangan musim cuti dimanfaatkan untuk mengupdate apa-apa yang perlu. Sempat juga melayari Internet buat seketika. Ter "click" pada website INPEX, oh sudah berwajah baru rupanya. lebih "eye catchy" dan lebih profesional. Sempat juga meng "click" link "Jury Awards 2007". Terkenang kembali kegembiraan ketika bertanding di sana. Jika ada rezeki tahun ini, mungkinkah akan ke Brussels?

Tax Rebate

Pelancong-pelancong yang baru turun dari Bas untuk bershopping di Romer
Pelancong Jepun, siap pegang bendera dan berbaris lagi....
On the way nak ke Romer, singgah bergambar kat area Ratskeller (penat berjalan...)

Di luar kedai bebas cukai di Romer, Frankfurt Am Main

Di Germany, duty free bukan sahaja ditawarkan di airport malah di kawasan-kawasan tumpuan pelancong. Apa yang perlu, resit-resit perbelanjaan harus disimpan dan tuntutan "tax rebate" boleh dibuat ketika check in di airport untuk keluar dari Germany. Ketika di Rothenburg, kami sempat bershopping barangan kulit seperti handbag dan lain-lain beg. Perbelanjaan Euro 250 memberi pulangan "tax rebate" sebanyak Euro 25. Di Romer, Frankfurt Am Main pula, terdapat kedai bebas cukai yang sememangnya murah untuk para pelancong. Macam-macam ada dijual disitu. Saya berkesempatan membeli beberapa aksesori batu kristal Austria dengan harga diskaun hampir 70%. Malah barangan kesihatan juga banyak di jual di situ.

Wednesday, August 13, 2008

Town Wall, Rothenburg ob der Tauber




Rothenburg ob der Tauber is one of the cities on the Romantische Stra├če (Romantic Road) that has preserved vestiges of its medieval importance into the 21st century. A series of walls and towers defended the city over the ages, and the most recent still stands and surrounds most of the older part of the city. The inner wall (built prior to the 13th century) still remains. Stairwells ascend to the top of the wall at intervals, and the entire wall can be walked. In addition, the Roedertor tower at the east end of the city is open daily to allow a climb up the stairs to the vista from it.
While buildings within the walled city reflect the city's medieval history, this part of the city is in many ways a normal, modern German town with some concession to the tourist trade. In addition to many stores and hotels aimed at tourists, residences and shops also reflect the daily life of modern Germany. Most of the tourist shops cluster around the Town Hall Square and along several major thoroughfares (Herrngasse, Schmiedgasse). Also in the town is a criminal museum, containing various punishment and torture devices as used during the Middle Ages.

Monday, August 11, 2008

The youngest AGM


Congrats to my adik for his promotion as AGM at TM. So proud to hear that you are the youngest AGM and would like to wish U all the best in your career. A manager at 26 and AGM at 28....semoga cepat-cepat jadi GM pulak...

Sunday, August 10, 2008

eBee at MMU Convo Day


The I-Grad V2, or commonly known the eBee is an electronic robotic bee designed as MMU’s Mascot. The eBee was born in the Faculty of Creative Multimedia’s Secret Laboratory and he lives in the virtual space of computers.

The seven-year-old honeybee, was conceived on the 1st of August 2001, is 7cm in height and weighs 200gms in weight. With dark brown eyes, a silver blue complexion, and stripes on his body, the eBee represents the robotic honeybee with adorable childlike qualities.

A little naughty and emotional, the eBee however, is intelligent and friendly. He enjoys entertaining people, especially impressing female students with his magic tricks. Forever an optimist, the eBee is always looking for more ways to introduce MMU to the rest of the world. Sophisticated and independent, the eBee constantly tries to upgrade himself to become the best that he can be.

Being a databank like the eBee does have its advantages. The eBee is always ready to provide information and is very resourceful. That, of course, might have something to do with his favourite reading material, the encyclopedias. Besides reading, the eBee also enjoys traveling, surfing the Internet as well as playing computer games. He also enjoys a bit of bee racing and loves sunflowers!

Thursday, August 7, 2008

My Students in Adelaide

Delima & Anjali
Izwan, Anjali & Delima
Few months ago I was a bit busy with the students exchange programme between UiTM and UNISA. Three students were selected through an interview session with the dean. Now they are happy enjoying their life and study abroad for 6 months. All the best to Izwan, Anjali and Delima.