Sunday, July 6, 2008

Team UiTM di EABR & TLC Conference Rothenburg, Germany

Zaidi, preparing his presentation
(tak sempat ambil gambar masa presentation coz I'm having a presentation too for my second paper)


Prof. Pau pun ada...

Presenting my paper for TLC Conference

Basha presenting his paper at EABR Conference


17 June 2008, kami tiba di Rothenburg ob Der Tauber untuk menghadiri TLC & EABR Conference. Tiba di stesen keretapi Rothenburg, terjumpa pula 2 orang Prof. dari Ohio. Prof. tersebut begitu ramah lebih-lebih lagi bila mengetahui Zaidi pernah belajar di Ohio ketika Degree. Dia mengajak kami mengikutinya ke Hotel. At first, ingatkan dekat, so berjalanlah kami dengan menarik beg besar. Nasib baik ada roda. Isteri Prof. tersebut yang menjadi ketua. Sampai di satu simpang, tah macam mana rasa macam dah sesat. Apalagi, bergelak ketawalah kami beramai-ramai sebab ketika di awal perjalanan tadi, Prof. tersebut berkata "Don't worry, follow me because I'm a Professor". Sesatnya tak lama, cuma sampai ke hotel melalui jalan belakang. Pendaftaran bermula pada hari tersebut pukul 5 petang. Ketika pendaftaran, terdengar orang memanggil nama Zaidi, agak terkejut... kecilnya dunia... Prof. Pau pun ada...

Saya memilih untuk membentang kedua-dua penyelidikan pada hari pertama. Zaidi juga membentang penyelidikannya pada hari pertama, manakala satu lagi research zaidi bersama basha dibentang oleh basha pada hari kedua. Kebanyakkan pembentang datangnya dari US dan Australia. Banyak info-info menarik yang saya dapati terutamanya pembentangan seorang Prof. dari US yang mengkaji punca kenaikan harga minyak dunia.

5 comments:

Syah said...

Bersemangat kebangsaan si Basha ni....siap pakai baju batik beli kat Kelantan tuuuuu

Intan said...

Syahrul,

Selamat berangkat ke Australia. Wish u a nice PhD Journey there.

Balkish said...

Abang zaidi kita memang pandai berbahasa arab ke? anyway banyak terlepas entri2 you dalam blog..hmm memang menarik dari baju batik basya, presentation u all sampai lah ke nasi turki he.he

Balkish said...

Abang zaidi kita memang pandai berbahasa arab ke? anyway banyak terlepas entri2 you dalam blog..hmm memang menarik dari baju batik basya, presentation u all sampai lah ke nasi turki he.he

Intan said...

Balkish,

Zaidi did his Master kat UIA, biasalah kalau belajar kat sana banyak bahasa Arab..